Harian Metro

EIFFEL JADI SAKSI

-

Nadia terkejut terima lamaran kekasih di Paris

gambar praperkahw­inan mereka.

“Sebenarnya rancangan asal saya ke sini (Paris) untuk bercuti dengan keluarga. Tapi sudah alang-alang di sini kami buat saja gambar praperkahw­inan.

“Memang tidak sangka Muizz tiba-tiba melamar, terus saya terkejut dan katakan ‘ya’.

“Muiz lelaki yang baik, bertanggun­gjawab dan saya sungguh bertuah dapat mengenalin­ya,” katanya. Nadia berkata, jika tiada halangan majlis perkahwina­n diadakan selewat-lewatnya awal tahun depan.

Berkongsi mengenai perkenalan dengan Muizz, Nadia berkata, dia mengenali jejaka itu menerusi kawannya dua tahun lalu namun sekadar rakan biasa dan mereka kembali rapat hujung tahun lalu.

“Saya memilih Muiz kerana sikapnya yang bersungguh-sungguh dan tidak berputus asa untuk lebih mengenali saya.

“Sebagai pelakon saya bekerja tidak tentu masa, tetapi dia sentiasa faham, malah tidak segan bertemu keluarga dan itu yang membuatkan terbuka hati menerima lamarannya,” katanya.

Terdahulu, menerusi entri di IG miliknya, Nadia berkongsi gambar dilamar Muizz ketika berada di hadapan Menara Eiffel, Paris.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia