Harian Metro

RINDU TAK PERNAH KURANG

-

ika saya terbaca atau menonton berita mengenai Muhammad Adib, saya cepat tutup dan buat kerja lain, tapi di sudut hati terus mengharapk­an kematianny­a mendapat keadilan secepat mungkin.”

Begitu kata Asma Aziz, 52, ibu kepada anggota bomba yang terkorban akibat dibelasah perusuh di Kuil Maha Mariamman November lalu.

Asma berkata, setiap kali selesai solat, dia mendoakan prosiding inkues bagi menentukan punca kematian anaknya berjalan lancar demi keadilan buat anggota keluargany­a.

Katanya, dia hanya mahu melihat pelaku yang membelasah anaknya dijatuhi hukuman secepat mungkin.

“Sebagai ibu dan orang Islam hanya doa yang saya mampu iringi supaya prosiding inkues berkenaan berjalan lancar. Dalam keadaan sekarang, hanya Allah yang dapat membantu saya.

“Rindu kepada Adib tak pernah kurang, sudah hampir dua bulan dia pergi meninggalk­an saya, masih terngiang-ngiang suaranya memanggil saya mak.

“Perasaan saya bercampur-aduk sekarang, harap akan ada berita gembira dari mahkamah selepas ini,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Tahlil Untuk Adib anjuran penduduk Kampung Telaga Mas di Tapak Pasar Malam Tanah Merah, malam kelmarin.

Ibu kepada empat anak itu hadir ke majlis berkenaan bersama suaminya, Mohd Kassim Abdul Hamid, 64.

Pasangan itu turut melahirkan rasa terharu atas kepedulian masyarakat dan berterima kasih kepada penganjur tahlil khas untuk arwah anak mereka.

Pada 18 Januari lalu, pengurusan kes inkues bagi menentukan punca kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, didengar di Mahkamah Sesyen Shah Alam dan prosiding inkues dijalankan di hadapan Hakim Rofiah Mohamad yang bersidang

Ibu harap kematian Muhammad Adib terbela

sebagai koroner.

Sementara itu, penganjur majlis berkenaan, Mashkor Jamaludin, 47, berkata, biarpun tiada talian persaudara­an dengan keluarga Adib, dia sanggup mengeluark­an belanja bagi mengadakan tahlil dan jamuan untuk penduduk kampung.

Katanya, tahlil itu diadakan sebagai doa dan sedekah untuk Allahayarh­am Adib berikutan kematianny­a sungguh menyayat hati rakyat Malaysia.

“Selain itu, saya mahu memberi petanda atau isyarat rakyat sangat mengambil berat isu yang berlaku kepada arwah Adib. Walaupun saya hanya peniaga makanan dan tidak pernah mengenali keluarga Adib, saya mengambil tahu setiap perkembang­an kes anggota bomba ini.

“Menjadi harapan saya serta 500 penduduk kampung dan kenalan yang hadir malam ini supaya kerajaan mengutamak­an kes Adib dan tidak ‘melepaskan’ penjenayah yang menyebabka­n kematian beliau,” katanya.

 ?? Asma Aziz ?? Perasaan saya bercampur-aduk sekarang, harap akan ada berita gembira dari mahkamah selepas ini”
Asma Aziz Perasaan saya bercampur-aduk sekarang, harap akan ada berita gembira dari mahkamah selepas ini”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia