Harian Metro

JKM PANGGIL BAPA

- Shamsul Munir Safini am@hmetro.com.my

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pulau Pinang sedia memanggil bapa dan kanak-kanak perempuan 11 tahun warga Rohingya yang dihalang berkahwin dengan lelaki berusia 21 tahun, Rabu lalu bagi tujuan kaunseling.

Pegawai JKM Daerah Seberang Perai Tengah, Bazlin Hasbi Bedol berkata, selain kaunseling, pihaknya memantau keadaan kanak-kanak itu selain membuat lawatan ke rumah mereka di Taman Perai, di sini.

Beliau berkata, dua beranak berkenaan, Mohammed

Sitiawan: Somir Abdul Razak, 38, dan anak perempuann­ya Nour Aishah, 11, dipanggil bagi menghadiri sesi kaunseling di JKM SPT dalam tempoh terdekat mengikut prosedur biasa jabatan.

“Ia bertujuan memberi mereka pendedahan mengenai kesan dan akibat perkahwina­n bawah umur serta beberapa perkara lain.

“JKM negeri juga mengadakan lawatan berkala ke rumah dua beranak berkenaan bagi memastikan dia tidak berkahwin sehingga cukup umur kelak,” katanya.

Lawatan itu juga bagi memastikan lelaki berusia 21 tahun berkenaan tidak tinggal bersama di situ kerana mereka masih boleh bernikah tanpa pengetahua­n pihak berkuasa.

“Kami juga memastikan kanak-kanak perempuan itu tidak tinggal di tempat lain dan tinggal bersama ke- luarganya di situ,” katanya.

Bazlin berkata, di daerah lain ada beberapa kes perkahwina­n membabitka­n kanak-kanak perempuan bawah umur, juga membabitka­n warga asing.

Harian Metro semalam melaporkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) menghalang perkahwina­n kanak-kanak perempuan Rohingya berusia 11 tahun dengan pasanganny­a lelaki Rohingya berusia 21 tahun di Taman Perai, Butterwort­h, Rabu lalu.

Ia susulan serbuan jam 9.30 malam oleh sekumpulan aktivis sosial dan pihak berkuasa pada majlis pasangan itu beberapa jam sebelum majlis akad nikah

berlangsun­g.

 ??  ?? PEGAWAI JKM memberi kaunseling kepada Nour Aisyah dan Mohammad Somir (kanan).
PEGAWAI JKM memberi kaunseling kepada Nour Aisyah dan Mohammad Somir (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia