Harian Metro

Kepala luka dipukul guna vape

-

Seorang lelaki luka di kepala akibat dipukul dengan rokok elektronik atau vape selepas terbabit pergaduhan dengan dua individu di kedai kek dalam pasar raya di Tampoi di sini, jam 10 pagi semalam.

Bagaimanap­un, dua lelaki berusia 45 tahun dan 46 tahun yang terbabit dengan perkara itu ditahan tidak lama kemudian oleh anggota Unit Rondaan Bermotosik­al (URB).

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU) Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, terdahulu, pihaknya menerima maklumat berkaitan pergaduhan itu sebelum anggota URB bergegas ke lokasi.

“Anggota URB menemui mangsa dalam keadaan kepalanya berdarah.

“Kami turut menahan dua suspek di lokasi berkenaan dan pemeriksaa­n menemui vape digunakan untuk memukul mangsa bersama seorang daripada suspek,” katanya.

Menurut beliau, mangsa yang luka pada kiri kepala dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) dengan ambulans.

“Ujian saringan air kecil terhadap kedua-dua suspek mendapati mereka negatif dadah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangk­an kecederaan terhadap orang awam,” katanya.

 ?? Bazlin Hasbi Bedol ?? JKM negeri juga mengadakan lawatan berkala ke rumah dua beranak itu bagi memastikan dia tidak berkahwin sehingga cukup umur kelak”
Bazlin Hasbi Bedol JKM negeri juga mengadakan lawatan berkala ke rumah dua beranak itu bagi memastikan dia tidak berkahwin sehingga cukup umur kelak”
 ??  ?? DUA suspek yang terbabit pergaduhan di pasar raya dan mencederak­an mangsa menggunaka­n vape.
DUA suspek yang terbabit pergaduhan di pasar raya dan mencederak­an mangsa menggunaka­n vape.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia