Harian Metro

Mayat dalam lori mati sebab jatuh

-

Mayat lelaki yang ditemui di belakang lori di hadapan kawasan rumah kedai tiga tingkat di Taman Sejati, kelmarin disahkan bukan mangsa bunuh.

Sebaliknya, mangsa terbabit dipercayai terjatuh ketika memanjat bangunan rumah kedai berkenaan.

Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, hasil bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh semalam mendapati mayat berkenaan mengalami kesan melecet di atas kepala, belakang telinga dan leher.

Menurutnya, mangsa juga patah tulang rusuk di kiri dan lebam di dada dan belakang badan selain tiada sebarang kesan tikaman atau luka pada mana-mana bahagian.

“Tiada juga kesan pergelutan pada badan serta tiada kecederaan organ dalaman mayat.

“Berdasarka­n penilaian pakar forensik, kemungkina­n mangsa jatuh dari tempat tinggi kerana banyak kesan lebam pada belakang badan selain tiada unsur jenayah pada badannya,” katanya, semalam.

 ??  ?? MAYAT mangsa ditemui di belakang lori yang diletakkan di hadapan kedai di Taman Sejati 2, kelmarin.
MAYAT mangsa ditemui di belakang lori yang diletakkan di hadapan kedai di Taman Sejati 2, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia