Harian Metro

OSMAN HANYA TERSENYUM

- Mohd Fahmi Mohd Yusof mohdfahmi@bh.com.my

Menteri Besar Datuk Osman Sapian mengambil pendirian mengunci mulut tanpa memberi sebarang ulasan berhubung dakwaan tidak memiliki ijazah perakaunan daripada sebuah universiti tempatan.

Pengerusi Pakatan Hara- pan (PH) Johor itu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka dan Penyerahan Sumbangan Tahun Baharu Cina 2019 di Dewan Serbaguna Taman Putri di sini, semalam hanya tersenyum ketika didekati media.

Penantian wakil media untuk mendapat penjelasan pemimpin utama negeri ini tidak berhasil dan Osman hanya tersenyum ketika diminta pemberita untuk menjawab dakwaan bahawa dirinya tidak memiliki ijazah seperti yang tular di laman sosial sejak kelmarin.

Beliau kemudianny­a beredar meninggalk­an majlis itu dengan menaiki kenderaan rasmi jam 4 petang.

Terdahulu, tular di media sosial dakwaan Osman tidak memiliki Ijazah Perakaunan daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) selain ada pihak yang turut membuat semakan secara dalam talian dalam laman rasmi universiti berkenaan.

Sementara Pengerusi

itu, Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor Hassan Karim berkata, isu membabitka­n harta intelek iaitu sijil atau ijazah sememangny­a memberi kesan terhadap kepemimpin­an PH.

“Pihak yang membuat tuduhan ini perlu mengemukak­an fakta dan sokongan terhadap tuduhan dibuat manakala pihak yang dituduh juga sebaik-baiknya perlu menjelaska­n dan menjawab perkara ini.

“Apa yang disiarkan di akhbar dan berita televisyen pada pandangan saya masih lagi dianggap sebagai (khabar angin) dan boleh menimbulka­n persoalan serta persepsi dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Menurutnya, beliau bagaimanap­un bersikap terbuka dan tindakan pihak yang menyiasat dan membongkar perkara berkenaan dilihat sebagai keterbukaa­n yang diamalkan kerajaan PH bagi membolehka­n orang ramai tahu mengenai wakil rakyat mereka.

 ??  ?? OSMAN
OSMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia