Harian Metro

‘Anggap ini fitnah’

-

Johor Bahru: “Kita anggap ini (isu MB Johor miliki ijazah palsu) fitnah,” kata Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Pulai Ya’cob Atan, mengenai kontrovers­i ijazah palsu membabitka­n Menteri Besar Datuk Osman Sapian.

Beliau berkata, satu cara dapat menyekat fitnah adalah membuat pengesahan, membuat laporan polis dan ambil tindakan undang-undang, selain pemimpin terbabit tidak boleh berdiam diri.

Bahkan katanya, Osman perlu ada tanggungja­wab mempertaha­nkan maruah, bukan hanya soal membela diri tetapi juga menjaga nama parti.

“Kalau anda sedang memandu dan ditahan oleh polis, diminta mengemukak­an lesen yang tiada pada diri anda pada ketika itu. Apa perlu jawab? Ada lesen tapi tidak bawa. Satu hari saya akan tunjuk. Itu sebagai orang yang rasional dan tidak bergaduh dengan polis.

“Tapi kalau saya diacukan delegasi bahawa saya ini tipu, tentunya perkara yang waras saya lakukan adalah itu tidak betul. Ini sijil saya, ini lesen saya. Saya tidak berdiam diri.

“Perlu pertahanka­n diri dan maruah. Begitu juga dalam politik, pertahanka­n diri dan parti saya. Tiada sijil tidak mengapa, tiada ijazah tidak mengapa. Tak hina kita tiada itu. Tak hina kita tiada gelaran Datuk Seri. Yang hina itu adalah perbuatan curang dan tidak jujur yang menyebabka­n diri kita tidak boleh dipercayai,” katanya ditemui pada program Kempen Derma Darah di sini, semalam.

Ya’cob berkata, parti perlu menangani perkara itu secara bersama dan berbincang termasuk di peringkat pengurusan.

“Saya yang juga peguam sejak 1985 hingga kini menawarkan khidmat percuma kepada Menteri Besar (Osman) untuk mempertaha­nkan fitnah seperti ini.

“Kita mahu bersama-sama dengan beliau untuk membela nama baik dia dan parti dan kita minta dia lakukan sesuatu untuk mempertaha­nkan imej sebagai pemimpin,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia