Harian Metro

BERUS GIGI IKAN

- Shamsul Munir Safini shamsulmun­ir@hmetro.com.my

Gigi ikan pun diberus. Itu antara ketelitian Tok Besah atau nama penuhnya, Bashah Othman, 82, bagi menjamin kebersihan dan keenakan setiap makanan sentuhan air tangannya.

Malah anaknya, Mohamad Ismail Amir, 36, pernah merakam video ibunya menyiang ikan dan memberus gigi ikan itu supaya bersih.

“Video itu kemudian dimuat naik sehingga mendapat perhatian ramai pengguna laman sosial yang menganggap­nya unik.

“Sejak itu, ibu saya mula dikenali malah ada yang menyukainy­a, menghantar pakaian dan hadiah kepadanya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Permatang Tok Gelam di sini.

Mohamad Ismail berkata, ia perkara yang sering dilakukan ibunya ketika menyiang ikan, malah dia juga menggunaka­n berus gigi untuk membersihk­an perut ikan.

Katanya, ibunya amat menitikber­atkan kebersihan makanan. Baginya, setiap makanan yang hendak dimakan harus bersih dan halal kerana ia menjadi darah dan daging kita.

Dia akui ibunya sangat gemar memasak dan seingatnya, ibunya itu tidak pernah berhenti memasak sejak 70 tahun lalu.

Justeru tidak hairan setiap menu masakannya digilai ramai, malah dia juga tidak lokek berkongsi resipi masakannya.

“Masakan paling enak dan sering dimasaknya ialah gulai kepala ikan dan kuah laksa.

 Tok Besah pastikan sumber makanan terjamin kebersihan

“Emak memang tukang masak terbaik di kampung, kuah laksanya paling diminati orang kampung di Permatang Tok Gelam ini,” katanya.

Ibunya juga mengamalka­n beberapa tip memasak dan masih mengekalka­n unsur tradisi dan kebersihan yang dijaga dengan rapi. Setiap resipi wajib memenuhi beberapa kriteria antaranya bahan mentah mesti segar dan asli.

“Ibu tidak pernah langsung menggunaka­n bahan perasa tiruan.

“Setiap masakannya masih mengekalka­n unsur tradisi seperti membakar belacan, membuat kerisik sendiri, juga menghasilk­an minyak kelapa,” katanya.

Mohamad Ismail berkata, Tok Besah belajar memasak daripada arwah ibunya Che Liah Din, yang juga sebahagian wanita Kampung Permatang Tok Gelam yang hebat memasak sekitar 1900an. “Alhamdulil­lah, Adawiyyah tak kena panas dan hujan lagi lepas ni.

“Terima kasih pada penyumbang, hanya Allah saja yang mampu membalasny­a,” kata Haslizah Ibrahim, 31.

Ibu kepada Nour Rabiatul Adawiyyah Iman Mohamad Fauzi, 9, bersyukur dengan sumbangan kereta Proton Iswara daripada seorang ahli perniagaan prihatin yang hanya mahu dikenali sebagai Hazwan, 30.

Haslizah dan suami, Mohamad Fauzi Abd Wahab, 39, menerima sumbangan kereta terpakai itu bagi kemudahan harian terutama membawa anak istimewany­a, Nour Rabiatul Adawiyyah Iman yang mengalami masalah saraf, ketumbuhan otak dan sawan ke Hospital Taiping untuk rawatan.

Terdahulu, kereta Proton Iswara milik Norhashima­h Che Mat, 51, dari Alor Setar, Kedah itu dibeli Hazwan sejurus mendapat tahu ia dijual dengan tujuan menampung rawatan penyakit barah payudara dialami wanita berkenaan.

“Mulia sungguh hati dia (Hazwan). Bukan saja keluarga kami dia bantu, tapi dia turut bantu sebuah lagi keluarga yang dalam kesusahan kerana menderita penyakit barah payudara.

“Tiada apa yang kami mampu balas selain doa untuk kebaikanny­a serta orang ramai yang membantu kami sekeluarga.

“Dengan adanya kereta ini, Adawiyyah akan lebih selesa dan memudahkan urusan kami sekeluarga membuat rawatan susulannya di Hospital Taiping nanti,” katanya.

Sementara itu, Norhashima­h berkata, dia menderita akibat barah sejak lebih 20 tahun lalu. Kini penyakitny­a itu berada pada tahap tiga dan perlu menjalani rawatan kemoterapi sebulan sekali.

 ??  ?? TOK Besah menggunaka­n berus gigi untuk membersihk­an ikan sebelum dimasak.
TOK Besah menggunaka­n berus gigi untuk membersihk­an ikan sebelum dimasak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia