Harian Metro

Pegawai imigresen cemas terbabit nahas dua bas

-

Gua Musang: Berpantang ajal sebelum maut. Seorang pegawai imigresen berdepan detik cemas selepas terbabit dalam kemalangan dengan dua bas ekspres di Kilometer 33 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa berusia 31 tahun yang memandu kereta Toyota Vios bagaimanap­un tidak mengalami sebarang kecederaan manakala pemandu bas dan 33 penumpang turut tidak cedera.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superinten­dan Mohd Taufik Maidin berkata, kejadian berlaku apabila ketiga-tiga kenderaan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian sebuah bas ekspres membawa 17 penumpang berhenti mengejut kerana dikatakan cuba mengelak kenderaan pacuan empat roda yang berhenti secara tiba-tiba.

“Kereta Toyota Vios yang berada di belakang turut menekan brek mengejut sebelum merempuh belakang bas ekspres terbabit.

“Kemudian sebuah lagi bas ekspres dari arah sama yang dinaiki 16 penumpang gagal menghentik­an kenderaan sebelum merempuh belakang kereta Toyota Vios,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, pemandu dan penumpang bas juga tidak mengalami kecederaan.

“Bagaimanap­un, kereta Toyota Vios yang dipandu pegawai imigresen itu remuk teruk di bahagian depan dan belakang terpaksa ditarik ke tepi jalan untuk mengelakka­n kesesakan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN kereta Toyota Vios yang remuk selepas merempuh belakang bas ekspres.
KEADAAN kereta Toyota Vios yang remuk selepas merempuh belakang bas ekspres.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia