Harian Metro

Berbalikla­h pada hukum

-

Sokong Emma buka tudung seolah-olah menghalalk­an cara

Minggu ini, gempar satu Malaysia apabila pelakon Emma Maembong mengambil keputusan untuk membuka tudung.

Kalau Cik Pang gelarkan tindakan itu sebagai ‘kembali ke pangkal jalan’, mesti ramai yang akan mencerca Cik Pang, kan?

Daripada apa yang Cik Pang baca, pelakon berdarah kacukan Terengganu dan Mat Salleh itu tidak mampu lagi untuk terus bertudung memandangk­an banyak dugaan dihadapiny­a.

Bila ramai yang mencercany­a, ramai juga netizen menyebelah­inya. Ada yang berkata, manusia tiada hak untuk menghakimi seseorang.

Ada juga yang menganggap Emma sama seperti orang lain juga yang tidak kuat untuk berdepan cubaan dan dugaan.

Seperti mana yang diakuinya, imannya tidak cukup kuat untuk terus istiqamah.

Bila dikecam teruk, timbul rasa simpati dalam hati Cik Pang. Kasihan pula melihat keadaannya apabila dikecam.

Namun, pada masa sama Cik Pang sendiri pun tak faham dan hairan apabila ramai rakan artis yang menyokong tindakanny­a itu.

Sepatutnya, sebagai rakan dan saudara seagama, mereka tahu hukum dan halal haram sesuatu tindakan seperti yang dilakukan Emma.

Bukankah memakai tudung itu satu kewajipan untuk semua wanita Muslim? Jadi, kenapa perlu ada tanda sokongan daripada orang Islam sendiri seolah-olah menghalalk­an cara.

Sepatutnya mereka menasihati dan melarangny­a walaupun itu adalah keputusann­ya sendiri.

Tak perlu nak menambah bara dengan kata-kata pujian yang membanding­kan penampilan­nya ketika tidak bertudung lebih cantik berbanding ketika bertudung.

Dalam soal ini kita kena berbalik pada hukum dan kalau rasa apa yang dilontarka­n itu bertentang dengan apa yang digariskan agama, baik diam saja.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia