Harian Metro

Dapat mimpi suruh buka tudung

-

Minggu ini panas dengan isu artis buka tudung dan Cik Pang dapat satu lagi titipan mesej daripada ‘burung merpati’ Cik Pang mengenai artis wanita lain yang turut melucutkan tudung.

Menurut rakan Cik Pang itu, artis yang buka tudung itu pernah beritahu bekas teman lelakinya bahawa dia mendapat mimpi supaya membuka tudung dan kembali kepada penampilan sebelum.

Cik Pang tidak mampu menahan ketawa apabila diberitahu mengenai cerita itu.

Adakah artis itu menganggap dirinya sebagai orang handalan sehingga mengikut apa yang dimimpikan?

Bekas kekasihnya menasihati artis itu supaya melawan dugaan mimpi itu dan menganggap itu sebagai mainan tidur semata-mata. Namun, dia gagal.

Mungkin dia sendiri pun sudah bulat hati untuk ambil keputusan itu. Maka, apa pun cakap atau nasihat orang sekeliling sudah tak berbekas di hati lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia