Harian Metro

Calon Oscar Kesan Khas Terbaik

-

Sekali-sekala muncul filem yang akan terus diperkatak­an kerana elemen khas Imej Janaan Komputer (CGI) berskala besar.

Seperti mana filem

Ready Player One, Alita: Battle Angel juga berkongsi genetik sama dengan filem memapar CGI hebat sebelum ini.

Boleh dikatakan, filem kali ini permulaan sebuah spektrum berjaya memukau penonton melalui imej menakjubka­n dan kerja kamera di luar jangkauan.

Namun, semakin penonton terus menonton dari semasa ke semasa, penonton selalunya akan mulai alah bisa tegal biasa dengan aspek-aspek menakjubka­n ini dan mahukan lebih daripada itu.

Premis filem, bandar khayalan masa depan sangat memukau untuk ditonton kerana ia berupaya meneroka 30 minit pertama filem dengan babak menarik seperti sukan permotoran, arena gladiator baharu, visual cahaya neon dan kenderaan yang menarik.

Tanpa berselindu­ng, filem ini terus membuatkan penonton fokus terhadap perkembang­an karakter yang memacu plot terus ke depan.

Jujur dikatakan, filem ini wajar dicalonkan untuk Oscar bagi Kesan Khas Terbaik kerana perincian pada figura Alita sangat memukau.

Ditambah pula dengan ciri-ciri manusia yang disuntik ke wataknya, persis dengan permainan karakter Alita iaitu Rosa Salazar.

Walaupun dianggap bukan aksi padat tapi setiap kali babak Alita menumpaska­n musuh, aksinya berada di sudut terbaik, terutama koreografi seranganny­a yang tidak mengecewak­an.

Filem ini bijak membiarkan penonton terus meneka watak antagonis dengan memberi pelbagai elemen dan agenda tersendiri tetapi pada akhir cerita, ia akan kembali ke akarnya iaitu kisah Alita sendiri.

Skrip filem ini juga tidak tipikal dan sesekali jika ada pun, hanya sebahagian daripada penonton yang akan tertanya-tanya mengenai seksualiti Alita.

Pun begitu, beberapa watak disifatkan membazir kerana tidak digunakan sehabis baik dalam penceritaa­n Alita.

Contohnya, watak Mahershala Ali yang kurang menyengat sebagai antagonis dek kurang masa di layar. Begitu juga keserasian antara watak Jennifer Connelly dengan Alita dan Ido.

Rumusannya, Alita adalah filem yang pasti menangkap mata peminat filem yang gemarkan pengalaman visual menarik.

 ??  ?? FILEM: Alita: Battle Angel ARAHAN: Robert Rodriguez PELAKON: Rosa Salazar, Christoph Waltz, Jennifer Connelly, Mahershala Ali, Ed Skrein, Jackie Earle Haley dan Keean Johnson
GENRE: Cereka sains TAYANGAN: 5 Februari 2019 ULASAN: Amirul Haswendy Ashari
FILEM: Alita: Battle Angel ARAHAN: Robert Rodriguez PELAKON: Rosa Salazar, Christoph Waltz, Jennifer Connelly, Mahershala Ali, Ed Skrein, Jackie Earle Haley dan Keean Johnson GENRE: Cereka sains TAYANGAN: 5 Februari 2019 ULASAN: Amirul Haswendy Ashari

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia