Harian Metro

Biarlah kami di Pasar Karat

-

OAB selesa sebagai pemuzik jalanan selain dekat dengan keluarga

“Sebagai ‘busker’, kami perlu mahir bermain pelbagai genre lagu tidak kira balada, rock mahupun pop. Pengalaman ‘busking’ sedikit sebanyak membantu perjalanan seni yang sedang kami bina ketika ini,” kata Reyhan.

Sibuk dengan komitmen persembaha­n, tidak dinafikan ada cakap-cakap belakang mengatakan mereka seolah-olah menutup rezeki pemuzik jalanan lain yang mencari makan di Pasar Karat berkenaan.

Bagaimanap­un, Reyhan berkata persembaha­n mereka kini mengikut jadual ditetapkan dan bukan sewenangwe­nangnya bermain muzik. Malahan, ada ketikanya mereka tidak membuat persembaha­n dan kekosongan itu diberikan kepada kumpulan lain.

“Muzik adalah ‘universal’. Siapa saja boleh bermain muzik dan menghiburk­an penonton dengan cara mereka tersendiri. Rezeki semua daripada Allah. Saya rasa kami tidak tutup rezeki sesiapa pun kerana persembaha­n setiap ‘busker’ berdasarka­n jadual.

“Lainlah kalau sepanjang tahun hanya kami mengadakan persembaha­n di sana. Kalau begitu situasinya, mungkin logiklah ada yang berkata sedemikian. Tetapi, sekarang ini ada kalanya kami tidak dapat mengadakan persembaha­n walaupun hari berkenaan dijadualka­n giliran OAB.

“Selalunya, kami akan minta mana-mana ‘busker’ untuk gantikan kami dan ikut jadual seperti biasa tanpa ada hari ganti. Semuanya berjalan atas persetujua­n daripada ‘busker’ lain juga,” kata Reyhan.

Mengenai keputusan terus berada di Johor

Bahru, mereka masingmasi­ng punya keluarga yang perlu diutamakan sebelum membuat keputusan berhijrah dan menetap di Kuala Lumpur.

Tambahan pula, kata Reyhan, mereka turut mendapat tawaran untuk memeriahka­n acara di Singapura. Malahan, lagu mereka turut diketahui penduduk beberapa daerah di Indonesia yang berdekatan Johor Bahru.

“Ada beberapa stesen radio frekuensi di Johor Bahru dapat didengar di daerah Indonesia berdekatan Johor Bahru. Oleh itu OAB turut dikenali di sana.

“Malah, ada individu dari

Singapura menjemput kami mengadakan persembaha­n di sana. Bagaimanap­un, semua itu masih di peringkat perbincang­an. Biarlah kami kekal di Johor Bahru. Kerjaya kami tetap seperti biasa dan pada masa sama dapat bersama keluarga.

“Walaupun penat berulang-alik dari Johor ke negara lain bagi memenuhi undangan, kami tidak kisah. Selagi ada kudrat, kami akan penuhi dan berikan yang terbaik bagi menghiburk­an peminat,” kata Reyhan.

 ?? Reyhan ?? Pengalaman ‘busking’ sedikit
sebanyak membantu perjalanan seni yang sedang kami bina
ketika ini
Reyhan Pengalaman ‘busking’ sedikit sebanyak membantu perjalanan seni yang sedang kami bina ketika ini
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia