Harian Metro

Gelora hati Meghan

- Syanty Octavia Amry soctavia@hmetro.com.my

Selepas sembilan bulan berkahwin dengan Putera Harry, bekas pelakon Amerika Syarikat, Meghan Markle terus dilanda pelbagai masalah.

Perlu melayan drama keluarga yang tidak berkesudah­an, ‘Duchess of Sussex’ itu turut berdepan pelbagai berita negatif yang sering mengaitkan namanya.

Konflik antara Meghan dan bapanya, Thomas Markle perkara paling memenatkan harus dilalui setiap hari dalam keadaan dirinya kini hamil enam bulan.

Jika wanita lain asyik menikmati detik indah kehamilan, Meghan berbeza apabila ketenangan hidupnya terganggu dengan kerenah bapanya.

Menerusi beberapa temu bual media, Markle kerap menyebut dia tidak dapat menghubung­i Meghan sejak anaknya berkahwin pada Mei tahun lalu.

Malah dengan lantang dia turut mempersoal­kan dan mengkritik keluarga diraja Britain itu kerana cuba memutuskan hubungan dua beranak ini.

Cuba mempertaha­nkan Meghan, seorang sahabat karibnya yang enggan dikenali berkata apa yang dikatakan Markle kepada media selama ini adalah tidak benar.

Menurut rakan itu, Markle tidak pernah sekali

Duchess of Sussex harap bapa henti guna media untuk dapat perhatian

pun menghubung­i Meghan.

“Dia tahu nombor telefon Meghan tetapi tidak pernah menghubung­inya apatah lagi untuk mengirim mesej. Sedangkan Meghan sentiasa cuba berhubung dengan ayahnya.

“Saya pasti Meghan sangat kecewa dengan apa yang berlaku kerana dia sedaya upaya cuba memulihkan hubungan dengan ayahnya,” kata teman Meghan.

Katanya lagi, Meghan juga pernah cuba mengirim surat kepada bapanya beberapa jam sebelum bernikah, namun Markle seakan-akan menidakkan perkara itu.

“Saya tahu isi surat itu, Meghan sangat berharap ayahnya berhenti daripada terus menggunaka­n media untuk mendapatka­n perhatian.

“Lebih menyedihka­n, selain ayah, kakak tirinya turut mengambil kesempatan di atas apa yang berlaku sedangkan sebelum ini hubungan mereka tidak rapat.

“Malah, kakak tirinya tidak pernah ambil kisah keadaan Meghan sebelum ini,” katanya.

Pasangan itu berkahwin pada 19 Mei lalu di Gereja St George, Istana Windsor, United Kingdom.

Meghan dijangka bersalin pertengaha­n tahun ini. Dalam pada itu, beliau belum bersedia mengumumka­n jantina anak dalam kandungan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia