Harian Metro

MELANGKAUI KETAHANAN

- NAZARALI SAERIL TEL: 1-300-22-6787 SAMB: 3154 Lizam Ridzuan lizamridzu­an@hmetro.com.my

Tampil dengan ciri lebih dinamik, Mitsubishi Triton baharu 2019 diperbahar­ui daripada segi rekaan serta bahagian dalaman lebih selesa untuk sebuah trak pikap.

Mitsubishi memperkena­lkan Konsep ‘Engineered Beyond Tough’, pengalaman 40 tahun di dalam membangunk­an trak pikap yang tahan lasak, kini dengan empat teras utama di bawah konsep pembanguna­n 4Sure Handling iaitu: 4Sure Power, 4Sure Control, 4Sure Agility dan 4Sure Safety.

Rekaan hadapan dengan konsep Dynamic Shield ciri signatur terkini untuk Mitsubishi termasuk lampu hadapan lebih nipis dengan lampu nyalaan siang (DRL), lampu kabus dan membelok pada perumah sebelah tepi lebih tampil menarik.

Untuk ruang dalaman, dengan penyaman udara khusus untuk penumpang belakang yang pertama dalam kelasnya serta ruang simpanan telefon pintar dan pengecas USB bagi keselesaan sepanjang perjalanan.

Ciri keselamata­n termaju turut ditawarkan seperti Penguranga­n Pelanggara­n Hadapan (FCM), Amaran Titik Buta dengan Bantu Tukar Laluan (BSW dengan LCA), tujuh beg udara, Amaran Trafik Melintas Belakang (RCTA), Sistem Penguranga­n Terlepas Pecutan Ultrasonic (UMS) dan Pancaran Lampu Tinggi Automatik (AHB).

Lima varian ditawarkan untuk model Triton baharu dengan enjin 2.4 liter MIVEC turbo diesel Pemasaan Injap Bolehubah (VVT) yang menyalurka­n kuasa kuda 181 PS dan daya tork 430 Nm.

Ia juga didatangka­n dengan kotak gear transmisi enam kelajuan automatik serta dilengkapi Super Select 4WD II untuk kawalan dan cengkaman lebih mantap dengan pilihan mod offroad (tidak rata, berlumpur, berpasir dan berbatu)

Mitsubishi Triton 2019 tampil gaya dinamik

serta fungsi Kawalan Menuruni Bukit.

Untuk pasaran Malaysia, Triton baharu dijual pada harga RM135,200 untuk Triton Adventure X, RM118,600 (Triton AT Premium), RM112,500 (Triton MT Premium), Triton AT (RM105,990) dan RM100,200 bagi Triton MT.

Empat warna ditawarkan iaitu Putih Berlian, Hitam Jet Mica, Perak Sterling dan Kelabu Graphite Metalik bergantung kepada varian dan semua model adalah import sepenuhnya (CBU) dari Thailand dengan lima tahun waranti atau 200,000 kilometer (km) yang mana lebih dahulu.

Sebagai tawaran pengenalan bagi meraikan pelancaran Triton serba baharu ini, 1,000 pelanggan pertama akan menerima edisi terhad Thule Subterra Luggage eksklusif bernilai RM2,000.

 ??  ?? TRITON baru 2019. BAHAGIAN dalaman
kemasan baru.
TRITON baru 2019. BAHAGIAN dalaman kemasan baru.
 ??  ??
 ??  ?? CIRI LED pada lampu belakang.
CIRI LED pada lampu belakang.
 ??  ?? LAMPU kabus dan membelok.
LAMPU kabus dan membelok.
 ??  ?? RUANG simpanan barang.
RUANG simpanan barang.
 ??  ?? CIRI Super Select 4WD II.
CIRI Super Select 4WD II.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia