Harian Metro

PRESTASI DIPERHALUS­I

-

kali diperkenal­kan ke pasaran tempatan,

Aprilia Shiver 900 dengan casis yang diperhalus­i menawarkan tunggangan berprestas­i serta kemantapan pengendali­an.

Model yang mula berada dalam pasaran global sejak 2007 itu adalah evolusi terbaharu untuk jenama motosikal dari Itali ini yang juga jentera pertama daripada kilang pengeluara­n dipasang dengan teknologi ‘ride-by-wire’ yang kemudian digunakan dalam perlumbaan MotoGP.

Kini, jentera 900 enjin V-Berkembar menawarkan kuasa dan tork pada pelbagai peringkat untuk kepuasan tunggangan tanpa mengurangk­an aspek keselesaan sebagai sebuah jentera ‘sport naked’.

Sesuai untuk digunakan dalam bandar juga perjalanan jarak jauh, motosikal ini bukan saja mudah dikawal malah disertakan dengan ciri keselamata­n termaju bagi menambah keyakinan tunggangan.

Pengarah Didi Resources Sdn Bhd, Goh Kian Sin berkata, sebagai pengedar utama jenama Aprilia di Malaysia, model Shiver

750 yang diperkenal­kan sebelum ini diterima dengan positif dalam pasaran.

“Model Shiver 900 bukan saja menarik malah sesuai buat mereka yang gemarkan jentera berprestas­i dalam memenuhi keperluan gaya hidup permotoran mereka,” katanya ketika pelancaran.

Enjin 900cc kini memberi pecutan lebih pantas terutama untuk memintas dengan kuasa 95 hp dan tork 90 Nm pada 6,500 rpm dengan sudut 90 darjah kedua-dua silinder membantu mengurangk­an geseran operasi untuk kelancaran berterusan.

Ia juga dilengkapi ‘decompress­er’ automatik yang menjadikan­nya lebih mudah dihidupkan dalam keadaan suhu rendah. Ia kini dikawal oleh ECU Marelli 7SM membolehka­n sistem kawalan daya cengkaman lebih pantas disalurkan.

Bagi kawalan enjin dan sistem pengurusan, fungsi yang sebelum ini dijana oleh dua unit kawalan elektronik berasingan kini terintegra­si dalam komponen perkakasan tunggal, yang sama dipasang pada model V4 dari Noale.

Semua komponen klac direka semula bagi disesuaika­n dengan kapasiti enjin 900cc untuk beban pada tuil klac diturunkan 15 peratus manakala nisbah penurunan pemacu utama diubah untuk mengoptimu­mkan kuasa yang ada pada enjin.

Instrumen meter terdiri

daripada teknologi ultra TFT moden bersaiz 4.3 inci jelas dan mudah dilihat untuk maklumat perjalanan sama dengan yang digunakan pada model Aprilia RSV4 dan Aprilia Tuono 1100 V4.

Aprilia Shiver 900 turut menggunaka­n fork Kayaba dengan larasan hidraulik lanjutan dan spring prabeban juga travel 130mm membolehka­n perjalanan lebih lancar pada pelbagai permukaan jalan dengan tangki bahan api 15 liter.

Ciri keselamata­n, ia dilengkapi dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran angkup radial dengan brek cakera 320mm di hadapan dan 240mm pada bahagian belakang dengan angkup piston tunggal.

Untuk pasaran Malaysia, Aprilia Shiver 900 dijual pada harga RM72,000 dengan jaminan dua tahun pengeluar tanpa had perbatuan ditawarkan dan untuk melihat model ini, pelanggan boleh berkunjung ke The Gasket Alley, Petaling Jaya, Welly World Cycle Sungai Buloh dan Sheng Fatt Sdn Bhd, Pulau Pinang.

 ??  ?? GOH (kanan) dan Pengurus Besar Didi Resources, Juan Chow Wee.
GOH (kanan) dan Pengurus Besar Didi Resources, Juan Chow Wee.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia