Harian Metro

Cabar stamina

-

Pada mulanya hanya sebagai pemerhati, memasang cita-cita dan akhirnya kini mereka antara peserta aktiviti sukan lasak yang terkenal dengan cirinya yang mencabar stamina iaitu triatlon.

Kegiatan itu yang menggabung­kan tiga kategori iaitu berenang di laut terbuka, berbasikal dan larian jarak jauh sememangny­a memerlukan disiplin latihan yang tinggi.

Ramzulhaki­m Ramli dan isterinya, Diana Hazari tidak menyangka menyaksika­n acara itu yang dianjurkan Ironman sekitar sembilan tahun lalu di Langkawi menjadikan mereka menanam hasrat untuk beraksi di dalam arena berkenaan.

Ibarat cinta pandang pertama, usaha untuk ‘meminang’ menyertai acara itu dilakukan penuh tekad sebaik saja pulang ke Kuala Lumpur dan kini, hasilnya berbaloi kerana mereka antara peserta yang berjaya menamatkan beberapa siri Ironman yang diadakan di Malaysia dan luar negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia