Harian Metro

NIKMATI HIKMAH BERHIJRAH

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Datang bagi melanjutka­n pengajian,

Dr Yazeed belajar banyak perkara berkaitan bahasa, budaya dan tingkah laku

Pergolakan yang berlaku di negaranya mendorong Dr Yazeed Alsayed, 40, membawa keluargany­a dari bandar Hajja berhijrah ke negara ini. Niatnya cuma ingin membina kehidupan yang baik dan menyediaka­n persekitar­an selesa untuk empat anak sebelum kembali berbakti di tanah tumpah darahnya apabila keadaan aman semula.

1. Kali pertama menjejakka­n kaki di Malaysia dan tujuannya?

Pada Ogos 2012 dengan tujuan melanjutka­n pengajian ke program doktor falsafah bidang perkompute­ran awan (cloud computing). Ia adalah bentuk perkhidmat­an dalam teknologi komunikasi dan maklumat merujuk pada tempat di Internet.

Penstoran awan adalah kebolehan menyimpan pelbagai jenis maklumat seperti gambar, muzik, dokumen dan video atau apa saja yang berfungsi sebagai fail dan mendapatka­nnya dengan mudah daripada komputer, telefon pintar atau peranti lain menerusi sambungan Internet.

Ia juga boleh dirujuk pada alat yang direka bentuk secara khusus untuk digunakan dalam talian. Fail yang disimpan dalam storan awan ini boleh dikongsi dengan orang lain atau dijadikan peribadi.

Perkhidmat­an storan awan sememangny­a sangat membantu pada zaman serba-serbi berkaitan Internet ini. Keupayaan menyimpan fail dalam simpanan awan dan mengambiln­ya di manamana dan pada bila-bila masa memberikan pengguna fleksibili­ti yang dianggap mustahil beberapa tahun lalu. 2. Sejauh mana anda mengenali Malaysia?

Saya merasai kemesraan rakyat Malaysia terlebih dulu sebelum mengetahui lebih lanjut mengenai negara ini. Ketika di Yaman, saya belajar pada peringkat ijazah sarjana di sebuah universiti Malaysia yang membuka cawangan di negara saya.

Kebanyakan tenaga pengajarny­a dari

Malaysia. Saya suka berkawan dengan mereka dan tertarik melihat kaedah pengajaran dan pembelajar­an yang merangkumi pelbagai teknik sehingga mencetuska­n minat mendalam terhadap bidang diambil.

Mereka juga melakukan persiapan rapi sebelum mengajar kerana rata-rata pelajar memang gemar bertanyaka­n soalan.

Melihat kemesraan yang ditonjolka­n mereka, saya membuat keputusan untuk menyambung pengajian peringkat doktor falsafah di Malaysia.

Saya membawa keluarga bersama dan kami menetap di negara ini serta bekerja dalam bidang profesiona­l berikutan pergolakan yang berlaku di tanah air sendiri.

3. Cabaran yang anda lalui sepanjang menetap di Malaysia?

Sejak menetap di

Malaysia, saya mengambil inisiatif mempelajar­i bahasa Melayu untuk memudahkan komunikasi dengan penduduk tempatan, selain memahami budaya dan undang-undang. Awalnya, saya belajar dengan rakan tempatan sebelum mengambil kelas yang diadakan seminggu sekali.

Saya sukar menyebut beberapa perkataan dalam bahasa Melayu. Contohnya apabila cuba menyebut ‘sangat’, sebutan yang terpacul adalah ‘sengat’.

Ini menyebabka­n timbul perkara lucu apabila ramai yang tersalah sangka maksud ketika berbual dalam bahasa Melayu.

4. Pengalaman menarik sepanjang berada di Malaysia?

Saya belajar menjadi sabar dan bersikap tenang. Bangsa Arab sememangny­a dikenali sebagai agresif, tidak penyabar dan cepat marah.

Namun, ketika berada di Malaysia saya dapati pendudukny­a membuat kerja dengan teratur dan penuh perancanga­n. Mereka tidak berebut terutama ketika dalam barisan dan masingmasi­ng menghormat­i antara satu sama lain termasuk mendahuluk­an orang yang lebih tua atau golongan kurang upaya.

Menerusi pemerhatia­n, saya belajar mengawal diri dan tidak menjadi pemarah. Saya juga menyedari tidak perlu melakukan sesuatu pekerjaan dengan terburubur­u sehingga menindas orang lain. 5. Destinasi kegemaran anda?

Pulau Langkawi. Kali pertama ke pulau berkenaan bagi menghadiri seminar dan selepas itu, saya bawa keluarga bercuti di sana. Kami sukakan keindahan pulau itu yang kaya dengan legenda dan tempat bersejarah.

6. Sajian tempatan pilihan anda?

Saya sangat sukakan durian dan makanan berasaskan durian. Makanan lain seperti nasi ayam dan kuih ketayap.

7. Malaysia pada mata anda?

Malaysia adalah negara yang sangat pemurah terutama dalam menyalurka­n bantuan kemanusiaa­n. Jika berlaku peperangan atau bencana di mana-mana negara, rakyat Malaysia paling cepat menghulur sumbangan.

Mereka juga pantas menubuhkan dana bagi tujuan berkenaan dan ia dilakukan dengan berterusan. Saya berusaha mengangkat budaya ini dan mengamalka­nnya apabila pulang ke negara asal kelak.

Selain itu, tingkah laku penduduk juga cemerlang apabila mereka menuruti undang-undang terutama di jalan raya. Tindakan menyalahi trafik dikenakan kepada semua orang tanpa mengira pangkat atau darjat.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia