Harian Metro

Berbasikal sambil beramal

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Ahli kelab PESCA berkayuh enam kilometer salur

sumbangan kepada anak-anak Orang Asli

Ada pelbagai cara boleh dilakukan untuk beramal bagi membantu mereka yang memerlukan.

Lazimnya diadakan majlis makan malam dengan kehadiran selebriti yang menjadi pilihan, tetapi bagi PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) mereka memilih untuk berbasikal sambil beramal.

Seramai 30 ahli Kelab Sukan dan Rekreasi PREC (PESCA) mengayuh sejauh enam kilometer bagi menyalurka­n sumbangan kepada anak-anak komuniti Orang Asli termasuk pelajar sekolah rendah dan menengah di Kampung Orang Asli Air Kuning Bukit Bandaraya, Shah Alam, baru-baru ini.

Program kayuhan amal itu pertama kali dian- jurkan kelab berkenaan bertujuan menghulurk­an bantuan kepada golongan memerlukan, selain menyemai semangat kesukanan, kerjasama dan rasa syukur dalam kalangan ahli kelab.

Acara pelepasan disempurna­kan Pengurus Besar Pengurusan Fasiliti dan Hartanah PREC, Yusri Abdul Manaf. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif PREC, Fakru Radzi Ab Ghani, yang turut menyertai kayuhan berkenaan bermula dari SACC Mall, Seksyen 14, Shah Alam.

Pengerusi PESCA, Syahril Mohd Rashid berkata, kelab sentiasa proaktif dalam menganjurk­an aktiviti sukan seperti berakit, mendaki gunung, ATV, futsal, badminton, pingpong termasuk pembabitan dalam kejohanan sukan olahraga anjuran Kelab Sukan PKNS.

“Aktiviti berbasikal ini tidak dapat dinafikan adalah antara aktiviti yang dinanti-nantikan oleh ahli bagi menguji ketahanan fizikal dan mental di samping beriadah bersama ahli PESCA yang lain.

“Namun, dalam pada menjalani aktiviti sukan dan riadah, PESCA juga menitikber­atkan hal ehwal berkaitan kebajikan. Inisiatif tanggungja­wab sosial korporat seperti ini dapat memberi pengisian yang baik buat ahli PESCA di samping meringanka­n beban masyarakat kurang berkemampu­an,” katanya.

Komuniti Orang Asli berkenaan menerima sumbangan berjumlah RM26,000 yang juga sebahagian daripada peruntukan zakat tahunan PREC. Sebanyak RM22,000 diberikan secara tunai kepada 55 keluarga untuk perbelanja­an harian, manakala RM4,000 lagi diberikan dalam bentuk kelengkapa­n sekolah untuk anakanak Orang Asli seawal usia empat tahun.

“Program ini adalah satu usaha kami memberikan bantuan kepada anak-anak Orang Asli yang memulakan sesi persekolah­an seperti pakaian seragam sekolah dan alat tulis.

“Program sebegini akan berterusan dari semasa ke semasa dan kami akan melawat kawasan yang memerlukan bantuan dan setakat ini sudah melawat dan membantu di kirakira 50 kawasan di sekitar Selangor,” katanya.

 ??  ?? AHLI kelab PESCA bergambar kenangan bersama komuniti Orang Asli.
AHLI kelab PESCA bergambar kenangan bersama komuniti Orang Asli.
 ??  ?? AHLI kelab beramah
mesra dengan penduduk Orang
Asli. SUMBANGAN wang
tunai diserahkan Fakru Radzi kepada Tok Batin Kampung Orang Asli Air Kuning,
Kamal Bapak. KAYUHAN amal PESCA
menuju Kampung Orang Asli Air Kuning Bukit Bandaraya bagi menyampaik­an
sumbangan.
AHLI kelab beramah mesra dengan penduduk Orang Asli. SUMBANGAN wang tunai diserahkan Fakru Radzi kepada Tok Batin Kampung Orang Asli Air Kuning, Kamal Bapak. KAYUHAN amal PESCA menuju Kampung Orang Asli Air Kuning Bukit Bandaraya bagi menyampaik­an sumbangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia