Harian Metro

Ambil ubat secara betul

-

Kajian Kebangsaan Penggunaan Ubat oleh Konsumer Malaysia (NSUM I) pada 2008 mendapati tahap kefahaman masyarakat negara ini terhadap penggunaan ubat yang betul adalah rendah iaitu sekitar 44.4 peratus.

Namun, pada 2012 dan 2015 kajian sama dilakukan menunjukka­n peningkata­n tahap kefahaman masyarakat berkenaan ubat-ubatan ialah 56.6 peratus (NSUM II) dan terus meningkat kepada 81.4 peratus bagi NSUMIII.

Perkembang­an positif itu hasil pelaksanaa­n program Duta Kenali Ubat Anda oleh Program Perkhidmat­an Farmasi, Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) sejak 2012.

Ia program khas bagi memperkasa­kan masyarakat sebagai ejen perubahan tingkah laku dan menyampaik­an maklumat betul dalam penggunaan ubat secara berkualiti.

Sejak program dilancarka­n dan sehingga kini seramai 1,186 Duta Kenali Ubat Anda sudah dilatih di seluruh negara.

Duta terbabit adalah individu berpengaru­h terdiri daripada ketua komuniti (penghulu dan ketua kampung), pesara, golongan profesiona­l, selebriti, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan belia yang berkhidmat secara

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia