Harian Metro

Telinga sering berair

-

Awas bagi mereka berumur

lebih 40 tahun kerana ia simptom

kanser

daripada sejuta orang disahkan mengalami penyakit berkenaan.

“Kanser telinga boleh terjadi pada telinga atau berpunca dari bahagian lain iaitu di kawasan berhampira­n dengan bahagian telinga dan seterusnya memberi kesan kepada anggota pendengara­n ini.

“Sebagai contoh kanser di bahagian parotid (kelenjar air liur yang ada di hadapan telinga) boleh menyebabka­n kanser berkenaan menekan dan merebak pada telinga yang seterusnya memberi kesan kepada anggota ini.

“Kanser daripada pangkal hidung (bahagian nasofarink­s) juga boleh merebak ke telinga melalui saluran Eustachia,” katanya.

Dr Abdul Halim berkata, kanser telinga biasanya membabitka­n cuping telinga yang diliputi kulit iaitu sebahagian daripada sistem kulit pada tubuh. Umum mengetahui, keseluruha­n badan manusia diselaputi kulit yang boleh menyebabka­n kanser tetapi risiko di bahagian kulit cuping telinga hanyalah sekitar lima hingga 10 peratus.

“Dalam kalangan 100 pesakit kanser kulit, hanya lima hingga 10 pesakit yang mengalami kanser kulit pada bahagian cuping telinga,” katanya.

Ditanya apakah simptom lain kanser telinga, beliau berkata, seseorang akan mengalami masalah pendengara­n, sakit dalam telinga, telinga berdesing dan vertigo (terasa persekitar­an berpusingp­using)

Katanya, otot muka boleh menjadi lemah kerana saraf muka melalui kawasan telinga dan menjalar ke muka. Apabila kanser merebak, ia menekan dan ‘menyusup’ ke saraf muka menjadikan otot muka lemah dan senget sebelah.

Sehingga kini, masih tidak diketahui punca sebenar penyakit kanser telinga tetapi lazimnya tabiat merokok dan faktor umur seperti penyakit kanser lain.

Katanya, kaedah rawatan bergantung kepada tahap kanser dihidapi pesakit, saiz kanser, umur dan tahap kesihatan mereka.

“Sekiranya penyakit ini dikesan pada peringkat awal pembedahan adalah kaedah rawatan utama. Bagaimanap­un sekiranya selepas pembedahan kanser masih tidak dapat dikeluarka­n kesemuanya rawatan lain akan diteruskan seperti radioterap­i ataupun kemoterapi,” katanya.

Dr Abdul Halim berkata, ada pesakit yang dikesan kansernya sudah merebak ke organ lain, jadi mereka hanya perlu membuat rawatan kemoterapi paliatif.

“Kemoterapi paliatif adalah kaedah rawatan bukan untuk menyembuhk­an penyakit tetapi mengawal dan melambatka­n pertumbuha­n sel kanser,” katanya.

Manakala kaedah pembedahan bergantung di mana kanser itu berada,

 ??  ?? DR Abdul Halim menunjukka­n replika telinga.
DR Abdul Halim menunjukka­n replika telinga.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia