Harian Metro

PILIHAN TERBAIK

- Yusmizal Dolah Aling yusmizal@hmetro.com.my

BERSATU bakal perkenal calon 14 Februari ini

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan memperkena­lkan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih pada 14 Februari ini.

Presidenny­a Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sama ada beliau atau Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan membuat pengumuman itu jam 4 petang berhampira­n Pasaraya Tesco di sini.

Katanya, profil calon berkenaan hanya akan dikongsi sebaik diumumkan, namun ia sudah pasti mengambil kira suara akar umbi, mempunyai kelayakan dan berbudi pekerti.

“Sudah tentu calon ini dipilih selepas mengambil kira pandangan di peringkat bawahan. Daripada enam orang, calon inilah yang kita akan umumkan.

“Yang mustahak bila kita namakan, kita akan berikan nama, latar belakang yang sesuai untuk menjadi wakil rakyat di kawasan Semenyih,” katanya selepas mengadakan pertemuan bersama Jawatankua­sa Bahagian BERSATU dan pengerusi Pusat Daerah Mengundi serta ketua kampung di sini, semalam.

Hadir sama, Setiausaha Agung BERSATU Datuk Marzuki Yahya bersama pimpinan setempat.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, secara umumnya parti itu dan Pakatan Harapan (PH) sudah bersedia dan pertemuan itu membincang­kan beberapa perkara berbangkit seperti isu setempat dan nasional.

Katanya, penjelasan juga diberikan kepada mereka yang berkenaan mengenai situasi semasa termasuk langkah kerajaan menangani kos sara hidup dan usaha membantu rakyat.

“Saya juga dimaklumka­n mengenai isu banjir di kawasan Semenyih ini dan saya akan bawa ke mesyuarat Kabinet untuk perhatian menteri bertanggun­gjawab,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kehadiran Kuan Chee Heng atau Uncle Kentang sebagai calon bebas, Muhyiddin berkata, beliau tidak mengenalin­ya namun tidak mahu memandang mudah kehadiran aktivis itu.

“Saya tak kenal siapa Uncle Kentang. Apapun saya tak kisah, pilihan raya ini mengamalka­n sistem demokrasi. Siapapun, sebagai calon kita akan hadapi, kita tak mahu merendah-rendahkan atau melebih-lebihkan.

“Pasal pilihan raya adalah pilihan raya dan rakyat penentu. Kita dah lihat bagaimana sikap rakyat sebenarnya. Sama ada rakyat menyokong atau tak menyokong,” katanya yang sebelum itu menziarah balu bekas wakil rakyat Allahyarha­m Bakhtiar Mohd Nor di kediamanny­a di sini.

 ??  ?? MUHYIDDIN (tengah) berucap ketika sidang media selepas mempengeru­sikan perjumpaan bersama Jawatankua­sa BERSATU Hulu Langat di Semenyih, semalam.
MUHYIDDIN (tengah) berucap ketika sidang media selepas mempengeru­sikan perjumpaan bersama Jawatankua­sa BERSATU Hulu Langat di Semenyih, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia