Harian Metro

MODAL RM50 JE...

- Siti A’isyah Sukaimi sitiaisyah@nstp.com.my

 Kakitangan swasta peroleh tempat pertama pertanding­an memancing menangi RM7,000

Hanya keluarkan modal sekitar RM50, tetapi dapat pulangan sebanyak RM7,000.

Itu rezeki buat seorang peserta yang diumumkan juara Program Memancing Putrajaya berlangsun­g di sisiran tasik Presint 1, di sini, semalam.

Mohd Hazari Ramlan, 33, berjaya memperoleh­i tempat pertama pada pertanding­an itu selepas menaikkan ikan temoleh 7.1 kilogram (kg) jam 10.08 pagi.

Kakitangan swasta itu berkata, sudah beberapa kali dia menyertai acara memancing termasuk di Putrajaya dan ini pertama kali dia menjadi juara pada pertanding­an berkenaan.

Menurutnya, dia tiba di tempat memancing agak lewat jam 8.30 pagi kerana tersesat mencari lokasi dan sebaik sampai, peserta lain sudah mula memancing.

“Saya kemudian mula memancing dan berjaya menaikkan ikan temoleh serta teruskan memancing seperti biasa.

“Saya tak terfikir pun ikan pertama dinaikkan itu menjadi juara tempat pertama.

“Pada pertanding­an ini, saya menggunaka­n satu joran saja bersama umpan buah sawit dan pelet,” katanya.

Hadir sama, Menteri Wilayah Persekutua­n Khalid Abdul Samad menyampaik­an hadiah kepada semua pemenang.

Dalam pada itu, Mohd Hazari yang berasal dari Serdang, Selangor berkata, hadiah kemenangan berbentuk wang tunai itu akan turut diraikan bersama isterinya.

“Isteri saya banyak memberi sokongan terhadap hobi memancing ini malah saya sudah memaklumka­n kepadanya. Apa yang dia nak nanti, saya belanjalah,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia