Harian Metro

Lelaki ditetak 25 kali angkara dendam

-

Kes lelaki maut ditetak 25 kali dengan parang di Batu 5, Jalan Kampung Jawa, di sini, petang Khamis lalu, dipercayai bermotifka­n dendam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, siasatan mendapati suspek utama berusia 35 tahun itu tidak berpuas hati kerana mengesyaki mangsa mengganggu isterinya sepanjang dia menjalani hukuman penjara pada tahun lalu.

Menurutnya, lelaki terbabit diberkas polis di sebuah rumah di Taman Sentosa, Klang, pada jam 11.02 pagi kelmarin, sebelum ini dipenjarak­an atas kesalahan penyalahgu­naan dadah.

“Kejadian bunuh ini bermotifka­n dendam yang mana suspek tidak berpuas hati kerana mengesyaki mangsa mengganggu isterinya sepanjang dirinya menjalani hukuman penjara,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia