Harian Metro

‘Penceroboh’ diminta serah diri

-

Putrajaya: Mana-mana syarikat atau individu yang melaksanak­an pembanguna­n di tanah milik kerajaan di sekitar Kuala Lumpur diminta tampil menyerah diri secara sukarela.

Menteri Wilayah Persekutua­n Khalid Abdul Samad berkata, pihaknya difahamkan ada banyak lagi tanah milik kerajaan diceroboh dan dibuat pembanguna­n sama ada memiliki Pindaan Kebenaran Merancang (DO) atau sebaliknya.

Katanya, justeru, pihak terbabit diminta tampil secara sukarela untuk rundingan dan urusan selanjutny­a sama ada di Kementeria­n Wilayah Persekutua­n atau Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Saya difahamkan banyak kes berlaku (salah guna tanah kerajaan) dan kebanyakan­nya guna campur tangan politik. Ada juga kes dewan orang ramai digunakan oleh parti politik dan semua pendapatan pula masuk kepada bahagian dan cawangan berkenaan.

“Dalam kes ini, tidak perlu tunggu untuk kementeria­n dedahkan. Jika rasa terbabit, datang jumpa saya dan juga DBKL, kita akan uruskan kes ini dengan cara yang berbeza bergantung kepada keadaan masing-masing,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Memancing Putrajaya di sini, semalam.

Pada 16 Januari lalu, Khalid mendedahka­n kes penceroboh­an dua lot tanah milik kerajaan di Medan Imbi, Bukit Bintang membabitka­n Lot 568 milik Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Wilayah Persekutua­n dan Lot 716, yang dimiliki Jawatankua­sa Kerja Tanah Wilayah Persekutua­n di bawah seliaan Ketua Setiausaha Negara (diurus tadbir oleh DBKL).

Kemudian pada 30 Januari lalu, beliau mendedahka­n dua lagi penceroboh­an membabitka­n Lot 33600 di Jalan Kuchai Jaya 1, Mukim Petaling dan Lot 27679 di Jalan Gombak, Mukim Setapak.

Pada masa sama, Khalid berkata, pihaknya sentiasa terbuka dan bersedia untuk melakukan rundingan termasuk memberikan tempoh masa mencukupi bagi memudahkan urusan pemindahan dan sebagainya kepada mereka yang terbabit.

Selain itu, beliau berkata, pihaknya mempunyai senarai kawasan yang terbabit dan sidang media akan dibuat dari semasa ke semasa bagi mendedahka­n perkara berkenaan.

“Bagaimanap­un, jika ada pihak tampil memberikan kerjasama berhubung perkara ini, ia akan lebih mudah untuk diselesaik­an.

“Kita perlu melakukan siasatan secara menyeluruh kerana mungkin ada yang dapat kebenaran atau persetujua­n penduduk.

“Bagi memudahkan keadaan, datang jumpa dan ceritakan mengenai latar belakang dan sebagainya,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia