Harian Metro

23 kes chikunguny­a dikesan di Selangor

-

Kementeria­n Kesihatan merekodkan 23 kes chikunguny­a di Selangor bagi tempoh bermula 29 Januari hingga 7 Februari lalu.

Ketua Pengarah

Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, gejala yang dialami bagi kes berkenaan ialah demam, sakit sendi dan ruam, manakala semua kes dirawat sebagai pesakit luar serta tiada kematian dilaporkan.

Menurutnya, kementeria­n menjalanka­n aktiviti kawalan dan pencegahan iaitu sehingga 7 Februari lalu, sebanyak 1,740 rumah dibuat semburan kabus (fogging) terutama di kawasan kejadian kes.

“Kawasan ini mempunyai kadar pembiakan aedes yang tinggi iaitu 3.8 peratus, oleh itu gotong-royong bersepadu dilaksanak­an pada 7 Februari lalu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia