Harian Metro

TELITI SOAL KESELAMATA­N

-

rapi (ICU) antara yang tidak dapat dilupakan.

“Kejadian seperti itu membuatkan saya menjadi teliti dalam soal keselamata­n dan sering mengingatk­an mereka di sekeliling supaya sentiasa berhatihat­i supaya tidak menjadi mangsa kecuaian manusia,” katanya.

Jelasnya, individu yang berminat menjadi anggota bomba harus mempunyai sifat seorang penyelamat selain rela berkorban masa dan keluarga.

“Saya bersyukur kerana mempunyai isteri dan anakanak yang memahami tugas dan tanggungja­wab saya.

“Pada saya, persekitar­an masyarakat dan risiko ketika ini semakin mencabar berbanding masa lalu,” katanya.

Mohamad Riduan yang berkelulus­an Diploma Kejurutera­an Mekanikal daripada Politeknik Ungku Omar di Ipoh berkata, peralatan termasuk jentera pasukan bomba kini lebih baik dan sentiasa dipertingk­atkan oleh kerajaan seiring kepesatan pembanguna­n.

“Setiap kes daripada yang berisiko kecil hingga besar ditangani mengikut prosedur operasi standard dan setiap anggota dan pegawai bomba terlatih bagi menangani sebarang ancaman.

“Bagaimanap­un, bomba amat menghargai jika masyarakat dapat bersama menimba ilmu mencegah kejadian tidak diingini selain kami amat mengalualu­kan masyarakat menjadi anggota sukarelawa­n,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia