Harian Metro

PERTAHAN MASJID AL AQSA

-

keseluruha­n kompleks Al Aqsa, bersetuju memberi mandat kepada pihaknya menjana dana untuk membiaya urusan di situ.

Meliputi penyelengg­araan, utiliti, pentadbira­n, baik pulih, rehabilita­si, kemudahan awam, pendidikan dan perpustaka­an, objektifny­a adalah untuk mengumpul RM6,300 (AS$1,500) untuk setiap meter persegi bagi membolehka­n kawasan itu dijaga dan diimarahka­n dengan baik.

Katanya, sasaran jumlah dana yang ingin dikumpul adalah RM924 juta dengan jangkaan aktiviti pelaburan yang dikenal pasti akan menjana sehingga RM168 juta setahun dan ia sudah dimulakan secara berperingk­at sejak 2017.

“Kita pecahkan kepada lima kluster iaitu pemulihan dan pemulihara­an, pembinaan institusi, pendidikan, perkhidmat­an awam serta penyelengg­araan dan pengurusan. Semua itu sebelum ini dikendalik­an sendiri Jabatan Awquf, tapi kali ini, ia peluang untuk umat Islam khususnya dari Malaysia berwakaf untuk menjaga Masjidil Aqsa.

“Justifikas­inya ialah bukan beli tanah wakaf, tapi jumlah satu meter persegi itu RM6,300, jadi kita darabkan dengan luas keseluruha­n. Ia merangkumi restorasi, memelihara dan bina semula pelbagai sudut binaan masjid yang sebelum ini banyak dirosakkan tentera Israel.

“Dengan cara itu, warisan dan khazanah yang ditinggalk­an sejak zaman Nabi Muhammad SAW akan kekal terpelihar­a dan terus diberkati. Kita tidak boleh mengharapk­an orang lain untuk melakukann­ya kerana mungkin tidak ramai mempunyai kesedaran itu walaupun isunya dimainkan di media hampir setiap hari,” katanya.

Di dalam kompleks itu juga ada Masjid Buraq, Masjid Qadim, Masjid Qibli, Masjid Umar dan Masjid Marwan. Ia dikeliling­i penempatan Muslim

 ?? FOTO ?? JOHAN bersama pewakaf bergambar dengan kakitangan Jabatan Awquf selepas berbincang mengenai klinik bergerak.
FOTO JOHAN bersama pewakaf bergambar dengan kakitangan Jabatan Awquf selepas berbincang mengenai klinik bergerak.
 ??  ?? TENTERA Israel mengawasi persekitar­an masjid ketika kaum Yahudi menjalanka­n aktiviti keagamaan.
TENTERA Israel mengawasi persekitar­an masjid ketika kaum Yahudi menjalanka­n aktiviti keagamaan.
 ??  ?? MASJID Kubah As Sakhra juga berada dalam Kompleks Masjidil Aqsa.
MASJID Kubah As Sakhra juga berada dalam Kompleks Masjidil Aqsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia