Harian Metro

M

- Yusmizal Dolah Aling yusmizal@hmetro.com.my

isi menyelamat­kan Al

Quds bermula di Malaysia, bunyinya mungkin janggal tetapi itulah pengiktira­fan diberikan Jabatan Awquf Aqsa kepada Sekretaria­t Wakaf dan Infaq Aqsa (WIA) Majlis Perundinga­n Pertubuhan Islam

Malaysia (MAPIM) untuk menguruska­n Kompleks Masjidil Aqsa.

Ia adalah kesempatan pertama bagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negara ini untuk menjaga tempat ketiga suci bagi umat Islam itu yang berterusan diserang rejim Zionis sejak 1948 kerana mahu menakluki kawasan kompleks berkeluasa­n 144,000 meter persegi itu sehingga hari ini.

Keadaan itu membangkit­kan rasa marah umat Islam dari seluruh dunia kerana bukan saja kawasan sekitar yang asalnya milik penduduk Palestin dirampas setiap hari tanpa gagal, kawasan yang menempatka­n Masjid Kubah As Sakhra di mana Nabi Muhammad SAW diangkat ke langit seperti tercatat di dalam peristiwa Israk dan Mikraj turut ‘dicabul’ Zionis.

Pengarah WIA Johan Ariff Ismail berkata, sejak dua tahun lalu, Jabatan Awquf, agensi yang diberi tanggungja­wab untuk mengurus dan menjaga

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia