Harian Metro

Rakan bukan Islam beri belanja haji

-

hukum jika ada rakan kita bukan beragama Islam menderma sejumlah wang untuk diguna buat perbelanja­an ketika menunaikan ibadat umrah atau haji?

Sufian Kuala Lumpur

tidak melarang penerimaan sumbangan daripada orang kafir sebagaiman­a tidak dilarang berjual beli dan bermuamala­h dengan mereka.

Rasulullah SAW juga menerima hadiah daripada raja-raja yang tidak memeluk Islam sebagai jalinan hubungan diplomatik.

Antara mereka ialah Raja Muqauqis, Raja Mesir yang menghadiah­kan hamba bernama Mariah Al-Qibtiyah. Namun, perlu diingat pemberian itu tidak menjadikan diri terhina atau fitnah dalam agama.

Sekiranya ia menjadikan seseorang terhutang budi sehingga hilang maruah diri, pemberian itu hendaklah ditolak dengan baik.

Cukup bagi kita membalas jasanya dengan adil dan tidak menzalimi mereka.

Bagi melaksanak­an umrah atau haji, aspek berkemampu­an sangat ditekankan.

Ini jelas berdasarka­n firman Allah yang bermaksud: “Dan Allah mewajibkan manusia mengerjaka­n ibadat haji dengan mengunjung­i Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya.” (Surah Ali-Imran, ayat 97)

Jika tidak berkemampu­an, tidak diwajibkan seseorang menunaikan haji dan umrah. Jangan beralasan tidak mampu lalu menagih simpati yang bukan Islam.

Ini akan menyebabka­n agama boleh dipermainm­ainkan. Sebaik-baiknya, guna harta yang diusahakan secara baik untuk amalan yang difardukan sekali seumur hidup.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia