Harian Metro

LELAKI URUT RAWAT WANITA

-

wanita berusia 24 tahun. Pernah menjalani rawatan seperti membuang angin dalam badan.

Pengamal perubatan itu lelaki. Ketika itu, saya tidak memikirkan perkara bukanbukan kerana mempercaya­i lelaki itu menjalanka­n tugasnya dengan baik.

Tambahan pula, sebelum itu ramai mencadangk­an supaya mendapatka­n rawatan daripadany­a.

Cuma saya ingin dapat kepastian, ketika berurut, lelaki itu menyentuh bahagian kepala, perut, kaki dan dada. Perawat pula menutup dan mengalas badan pesakit dengan kain tebal serta tidak terbuka aurat.

Sehingga selesai rawatan, dia tidak melakukan sebarang tindakan pelik atau cuba mengambil kesempatan terhadap diri saya.

Rina, Tapah, Perak

keperluan berikhtiar mendapatka­n rawatan daripada sebarang penyakit dan menjadi kewajipan apabila ia memudaratk­an, selagi ikhtiar itu mengikut lunas syariat Islam.

Rasulullah SAW pernah mengizinka­n Ummu Salamah r.a berbekam dengan Abu Taibah r.a.

Hadis riwayat Jabir r.a yang bermaksud: “Sesungguhn­ya Umm Salamah meminta izin daripada Rasulullah untuk dibekam, maka Nabi mengarahka­n Abu Taibah untuk membekam Umm Salmah.” (Hadis riwayat Muslim)

Harus wanita dirawat atau berubat dengan lelaki, juga sebaliknya, tetapi hendaklah mengikut syarat yang ketat seperti mendahuluk­an perawat wanita daripada perawat lelaki.

Selain itu, mesti ditemani mahram atau mereka yang dipercayai supaya tidak timbul fitnah berdua-duaan. Perawat hanya menyentuh atau melihat bahagian yang perlu sahaja dan mengelak daripada menyentuh tanpa berlapik.

Perawat juga perlu amanah dengan tidak membuka keaiban pesakit.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia