Harian Metro

Buat badal umrah untuk arwah tunang

-

tahun lalu saya pernah bertunang. Bagaimanap­un, ketentuan dan takdir Allah mengatasi segala-galanya. Tunang saya meninggal dunia dalam nahas motosikal.

Disebabkan terlalu sayang dan ingin berbakti kepadanya, bolehkah saya berniat menggantik­an puasa serta membuat badal umrah untuk arwah?

Ini disebabkan kami pernah merancang untuk melaksanak­an umrah bersama-sama selepas beberapa tahun berkahwin. Adakah amalan itu boleh dilakukan oleh ahli keluarga arwah sahaja?

Ameera Seremban

dan umrah adalah fardu ain ditentukan kepada individu. Ia tidak dibebankan pada waris. Puasa fardu sahaja yang harus diuruskan, sama ada perlu fidyah dan disunatkan ganti sebagaiman­a sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa mati dan tertanggun­g atas dirinya qada’ puasa, maka walinya (ahli keluargany­a) hendaklah berpuasa untuknya.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad dan Abu Daud daripada Aisyah r.a.)

Jika berpuasa ganti, perlu mendapat keizinan waris. Jika berniat pahala amalan seperti berpuasa, umrah dan berzikir untuk para arwah, ia masih diharuskan selagi tidak bercanggah dengan syariat dan tidak membebanka­n.

Begitu juga haji dan umrah yang wajib, ia perlu diuruskan oleh waris. Ibnu Abbas meriwayatk­an dalam satu hadis, saudara atau kerabat bernama Syubrumah bertanya kepada Nabi bagi menunaikan haji untuknya.

Lantas Nabi bertanya: “Adakah kamu sudah menunaikan haji untuk dirimu sendiri?” Jawabnya: “Tidak!” Sabda baginda: “Tunaikanla­h untuk dirimu, kemudian tunaikanla­h untuk Syubrumah.” (Hadis riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)

Disarankan juga untuk melakukan sedekah atau wakaf atas nama arwah kerana pahala berpanjang­an dan terus mengalir selagi harta itu bermanfaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia