Harian Metro

Solat jamak dan qasar di kampung

-

soal solat jamak dan qasar, sekiranya seseorang itu menetap dan bekerja di luar negara contohnya, Australia.

Katakan dia pulang ke kampung menziarahi keluarga selama tujuh hari, bolehkah dia melaksanak­an solat jamak dan qasar sepanjang tempoh itu?

Atau dia hanya boleh melakukan solat jamak dan qasar ketika

dalam perjalanan?

Awin, Muar, Johor

secara jamak dan qasar adalah rukhsah (keringanan) hanya diizinkan Allah bagi orang yang musafir. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa “mengqasark­an” (memendekka­n) sembahyang.” (Surah alNisa, ayat 101)

Tiada perselisih­an dalam kalangan ulama dalam pelaksanaa­n jamak dan qasar ketika perjalanan melebihi dua marhalah atau 81 kilometer (km).

Hendaklah dipastikan apabila sampai di satu kawasan dan berniat atau merancang untuk tinggal melebihi tiga hari dengan malamnya, maka tidak dibolehkan melakukan solat jamak dan qasar sebaik sahaja tiba di tempat berkenaan.

Dalam masalah ini, disunatkan jamak dan qasar ketika perjalanan. Sebaik tiba di kampung, maka tidak boleh lagi dilakukan solat jamak dan qasar kerana sudah merancang untuk tinggal selama tujuh hari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia