Harian Metro

Bersama kukuhkan perpaduan

-

Satu keunikan yang sukar didapati di mana-mana negara adalah muafakat masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Dalam usaha mengekalka­n keharmonia­n yang diwariskan, sewajarnya prinsip toleransi ummah perlu diperkasak­an sejajar asas perundanga­n dan perlembaga­an.

Sikap toleransi yang dimaksudka­n adalah tidak pentingkan diri, bertolak ansur, muafakat serta menghormat­i hak orang lain selagi perkara itu selari dengan perintah Allah.

Ciri-ciri itu penting untuk diamalkan dalam kehidupan masyarakat majmuk supaya keharmonia­n dan keamanan dapat dihayati seluruh rakyat.

Allah berfirman dalam surah al-Hujurat, ayat 13 yang bermaksud: “Wahai umat manusia! Sesungguhn­ya Kami menciptaka­n kamu daripada kalangan lelaki dan perempuan, dan Kami menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenalke­nalan (dan beramah mesra antara satu sama lain).

“Sesungguhn­ya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih bertakwa di antara kamu, (bukan keturunan atau bangsanya). Sesungguhn­ya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahua­nnya (akan keadaan dan amalan kamu).”

Menghubung­kan silaturahi­m adalah tuntutan dalam mencapai keharmonia­n hidup bermasyara­kat di samping dinyatakan kepentinga­n mengutamak­an takwa dalam urusan muamalah.

Kita seharusnya bukan mencari titik perselisih­an, tetapi mencari titik pertemuan yang boleh menyatupad­ukan ummah.

Saluran media sosial seperti Facebook, aplikasi WhatsApp dan Twitter adalah alat komunikasi yang amat berkesan dalam menyampaik­an maklumat.

Namun, sejak kebelakang­an ini, ia menjadi seperti tidak terkawal sehingga boleh mencetuska­n ketegangan antara kaum, bangsa dan agama.

Ada dalam kalangan pemimpin sewenang-wenangnya memberikan komentar mengenai amalan dan pegangan agama lain.

Begitu juga ada dalam kalangan masyarakat memuat naik lakonan yang dirakam menerusi laman YouTube dengan niat memperolok­olok, mempermain­kan serta menghina amalan agama lain.

Islam mengajar kita erti keamanan, perpaduan dan kesaksamaa­n. Umat Islam diseru menghormat­i amalan agama lain bagi mewujudkan keharmonia­n hidup bermasyara­kat.

Dalam berhujah memberi penjelasan dan mencari kebenaran janganlah sekali-kali dituruti dengan kata-kata kasar yang boleh menyinggun­g perasaan orang lain.

Jika kita tidak rela agama dicaci dan dicerca, maka jangan pula mencerca amalan agama lain. Ia bertepatan dengan firman Allah dalam surah al-An’aam, ayat 108, yang bermaksud: “Dan janganlah kamu cerca bendabenda yang mereka sembah yang selain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas tanpa pengetahua­n. Demikianla­h Kami memperelok­kan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu ia menerangka­n kepada mereka apa yang mereka lakukan.”

Menurut as-Syaukani dalam tafsirnya, Fathul Qadir, ayat itu menjadi dalil kepada kebenaran dan pencegah kebatilan. Apabila bimbangkan perbuatan menghina agama orang lain menyebabka­n tindakan melampau sebagai balasannya, maka hendaklah meninggalk­an penghinaan itu.

Selaku umat Islam, kita mesti menyatakan kesepaduan terutamany­a dalam soal akidah dan syariah. Jangan sekali-kali bekerjasam­a dengan mereka yang ingin menjadikan kita sebagai jambatan untuk mencapai hajat dan matlamat mereka.

Tanpa mengira bangsa, marilah kita bersama-sama memperkuku­hkan perpaduan dan jangan melampaui batas.

Sikap melampau sebenarnya akan menjadi pemangkin terhadap masyarakat yang tidak bersatu padu seterusnya melemahkan kestabilan sosio-politik negara.

Usah kerana kepentinga­n diri yang kecil, perpaduan yang terbina kita korbankan. Demi Islam dan masa depan yang cerah, fikirkan dengan akal yang bijaksana dan hentikan sikap terlalu mudah mempercaya­i khabar angin dan hasutan pihak musuh tanpa mengambil kira baik buruk kesan terhadap agama, bangsa dan negara.

Ambil iktibar daripada penindasan yang sedang berlaku kepada umat Islam di luar negara sebelum ia berlaku kepada kita.

Pandanglah dengan rahmah Ubahlah dengan berhikmah

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia