Harian Metro

SAUDARA SANGAT MEMAHAMI

-

Anak saudara sangat prihatin kerana dia ingin bapa saudaranya turut hadir ke majlis bersejarah­nya itu. Pada masa sama, mereka ingin menjaga sensitivit­i saya sebagai seorang Islam.

Anak saudara saya bimbang kehadiran saya ke majlis itu nanti akan disalah erti. Dahulu, anak saudara itu pernah ada teman lelaki beragama Islam.

Mereka pernah merancang untuk berkahwin dan meminta pandangan saya bagaimana hendak berhadapan ibu dan bapanya jika berkahwin serta perlu memeluk Islam.

Saya berusaha menceritak­an keindahan Islam dan memberi jaminan akan melindungi­nya jika keluargany­a menentang perkahwina­n itu.

Tetapi benar, hidayah itu milik Allah SWT. Bukan semua orang dapat memilikiny­a dengan mudah. Walaupun tinggal hanya selangkah sahaja lagi untuk mengucap dua kalimah syahadah.

Hubungan mereka terputus di pertengaha­n jalan apabila hubungan itu tidak direstui. Anak saudara saya temui pasangan baharu.

Pasanganny­a beragama Kristian dan dia juga memilih untuk menukar agama Kristian. Bagi saya apabila Allah sudah beri hidayah kepada kita, hargailah ia sebaik mungkin.

Apabila kita ‘dijentik’ menerima hidayah, pasang niat dalam hati dan mengucapka­n syukur kerana Allah sayang dan sudah memilih kita.

Niatkan semua kebaikan yang dilakukan kerana Allah. Jika kerana makhluk, pasti kita akan kecewa dan terkapai-kapai.

Memang sukar untuk terus istiqamah melakukan kebaikan. Itu perlunya mujahadah iaitu berjuang bersungguh-sungguh dengan syariat.

Mujahadah adalah salah satu istilah yang sering kita jumpa dalam pengajian ilmu tasawuf atau akhlak.

Perkataan mujahadah berasal daripada perkataan jihad yang bererti berusaha bersungguh­sungguh untuk mencapai kebaikan yang diredai Allah.

Kalau kita masih lemah ketika baru menerima hidayah atau diberikan ujian, cari kawan yang boleh membantu kita bersamasam­a berada di landasan yang betul.

Jauhkan diri daripada kawankawan yang boleh mempengaru­hi kita melakukan perkara yang tidak elok.

Tidak mengapa berasa sedih kerana itu lumrah untuk kita yang bergelar hamba-Nya yang lemah.

Teruskan mengadu kepada

Allah kerana Dia sentiasa hendak mendengar rintihan yang tulus daripada hati kita.

Satu doa yang perlu diamalkan setiap kali selepas solat ialah: “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongka­n hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanl­ah kepada kami limpah rahmat dari sisi-Mu; sesungguhn­ya Engkau jualah Tuhan Yang melimpahli­mpah pemberian-Nya.” (Surah Ali ‘Imraan, ayat 8).

Senyum selalu

Selalu bersangka baik Insya-Allah hati tenang

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia