Harian Metro

S

-

aya masih lagi dalam

‘mood’ Tahun Baharu Cina. Sambutan ini lebih meriah kerana buat kali pertama dapat menyambutn­ya bersama anak.

Walaupun saya tidak lagi seagama dengan ahli keluarga, saya cuba sedaya upaya untuk menjaga hubungan dengan keluarga sebaik mungkin.

Syukur, Alhamdulil­lah, ketika menziarah adik-beradik dan saudara mara, mereka sangat mengambil berat soal makanan.

Mereka bertanya dahulu jenis makanan dan minuman yang boleh diambil kerana tahu saya seorang Muslim.

Malah, mereka sanggup menempah khas makanan daripada pengendali Muslim supaya semua orang boleh menikmati bersama juadah makanan dan minuman pada sambutan Tahun Baharu Cina ini.

Itulah nikmat Islam yang saya terima selepas mengucapka­n syahadah 11 tahun lalu. Seluruh keluarga dan saudara mara sangat memahami dan menghormat­i.

Paling penting, kita perlu maklumkan dengan cara berhikmah bahawa kita hanya tukar kepercayaa­n agama saja, bukan memutuskan hubungan silaturahi­m dengan mereka.

Mereka sebenarnya sangat teruja dengan kehadiran saya sekeluarga. Tahun ini, anak perempuan abang sulung akan mendirikan rumah tangga.

Dia siap bertanya boleh atau tidak saya hadir ke majlis perkahwina­nnya di gereja. Siap maklumkan, gereja itu tiada salib besar seperti gereja lain kerana ia seperti bangunan rumah kedai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia