Harian Metro

Dua lelaki ditahan cuba seludup 252,000 belut hidup

-

Zagreb: Dua rakyat Korea Selatan ditangkap di lapangan terbang di sini, selepas cuba menyeludup keluar kira-kira 252,000 belut hidup yang disembunyi­kan di dalam bagasi, kata pihak berkuasa.

South China Morning Post melaporkan, lelaki yang berusia 38 dan 47 tahun itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabang­sa Zagreb, Rabu lalu dengan puluhan ribu belut yang dibungkus dalam plastik dan disumbat ke dalam lapan beg pakaian.

Mereka ditangkap kerana cuba menyeludup keluar belut Eropah, antara spesies yang dilindungi di negara itu.

Nama warga Korea Selatan itu dirahsiaka­n dan pihak berkuasa juga menyiasat bagaimana mereka mendapatka­n belut berkenaan.

Menurut media Croatia, belut yang diseludup berkenaan dianggarka­n bernilai AS$204,000 (RM830,092) menurut pasaran di negara itu.

Belut sering digunakan dalam masakan di Korea, China dan Jepun malah hidangan berasaskan haiwan itu sangat popular dan mahal.

“Kedua-dua mereka berhadapan dengan tuduhan memusnahka­n haiwan semula jadi yang dilindungi.

“Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjarak­an,” kata pihak berkuasa Croatia dan memberitah­u mereka menyerahka­n belut itu ke Zoo Zagreb. - Agensi

 ??  ?? BEG mengandung­i beribu-ribu belut hidup yang cuba diseludup dua lelaki Korea Selatan. - Agensi
BEG mengandung­i beribu-ribu belut hidup yang cuba diseludup dua lelaki Korea Selatan. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia