Harian Metro

Penyerang masjid Kanada dipenjara 40 tahun

-

Quebec: Lelaki Kanada yang membunuh enam ahli qariah Masjid Bandar Raya Quebec pada 2017, dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup semalam, namun berpeluang memohon parol selepas 40 tahun.

Alexandre Bissonnett­e, 29, mengaku bersalah pada Mac tahun lalu, terhadap enam tuduhan membunuh dan enam tuduhan cuba membunuh dalam kejadian pembunuhan beramai-ramai yang jarang berlaku di Kanada.

Stesen televisyen Kanada, CBC melaporkan, hakim menolak permohonan pendakwa yang mahukan parol hanya boleh dipertimba­ngkan selepas 150 tahun dengan alasan ia tidak munasabah.

Kejadian Januari 2017 itu dianggap serangan pengganas oleh Perdana Menteri Justin Trudeau.

Bagaimanap­un, Hakim Francois Huot berkata, tindakan Bissonnett­e memasuki masjid ketika jemaah hampir selesai solat dan melepaskan tembakan bukan tindakan keganasan namun akibat prejudis terhadap pendatang Islam.

Hakim juga menyatakan, keadaan mental Bissonnett­e yang tidak stabil, termasuk kecenderun­gan membunuh diri juga menyumbang kepada tindakanny­a itu.

Pasukan pendakwa memohon Bissonnett­e menjalani enam hukuman serentak iaitu 150 tahun penjara tanpa peluang parol, hukuman paling berat pernah dipohon sejak Kanada memansuhka­n hukuman mati pada 1976.

“Mahkamah Agung Amerika Syarikat tidak akan menganggap hukuman penjara 150 tahun sebagai kejam atau luar biasa namun hukuman bukan bertujuan membalas dendam,” kata Huot.

Dia juga menegaskan kepentinga­n pemulihan banduan di Kanada.

Namun, Huot juga mempertimb­angkan hasrat Bissonnett­e mahu menyerang sasaran lain, termasuk aktivis wanita, pusat beli-belah dan lapangan terbang.

Pembunuhan di masjid itu berlaku ketika jenayah kebencian terhadap Islam semakin meningkat di Kanada.

Menurut perangkaan Statistik Kanada, antara 2012 dan 2015, jenayah kebencian menyasarka­n masyarakat Islam meningkat 253 peratus.

Menurut perangkaan itu, jumlah jenayah kebencian di Kanada mencapai kemuncak pada 2017 dengan serangan terhadap masyarakat Islam, Yahudi dan kulit hitam. - Agensi

 ??  ?? BISSONNETT­E
BISSONNETT­E

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia