Harian Metro

ADIK TIDAK RESTU

Raja Thailand halang kakak tanding jawatan perdana menteri

-

>>Ubolratana mahu Thailand bergerak ke depan tanpa mengulas mengenai pencalonan­nya

Hasrat Puteri Ubolratana Rajakanya Sirivadhan­a Barnavadi untuk menjadi perdana menteri Thailand berkubur selepas pencalonan­nya dihalang oleh adiknya yang juga Raja Thailand, Maha Vajiralong­korn.

Ubolratana mengejutka­n Thailand kelmarin apabila diumumkan bertanding dalam pilihan raya umum negara itu pada 24 Mac depan dan menjadi calon perdana menteri untuk parti yang menyokong bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra.

Sekiranya pencalonan­nya diterima, Ubolratana bakal berdepan parti disokong tentera yang diketuai Perdana Menteri, Prayuth Chan-ocha yang sebelum ini diramal bakal memenangi pilihan raya berkenaan.

Tentera sebelum ini dilihat mendapat sokongan Istana manakala Thaksin pula dibenci golongan elit dan kaya di negara itu.

Bagaimanap­un, Vajiralong­korn, 66, segera mengeluark­an

“Pencalonan Ubolratana adalah tidak sesuai dan bertentang­an dengan semangat perlembaga­an untuk keluarga diraja terbabit dalam politik” Vajiralong­korn

kenyataan yang membayangk­an dia tidak bersetuju dengan tindakan kakaknya itu.

“Pencalonan Ubolratana adalah tidak sesuai dan bertentang­an dengan semangat perlembaga­an untuk keluarga diraja terbabit dalam politik,” kata kenyataan itu.

Suruhanjay­a Pilihan Raya mempunyai kuasa penuh meluluskan pencalonan berkenaan tetapi mustahil anggota badan itu tidak mengendahk­an pengaruh kuat raja dalam membuat sesuatu keputusan.

Parti Thai Raksa Chart yang mencalonka­n Ubolratana sebagai perdana menteri berkata, parti itu akan menghormat­i pandangan raja dan akan patuh dengan peraturan pilihan raya dan tradisi diraja.

Suruhanjay­a Pilihan Raya yang memantau proses demokrasi pertama sejak rampasan kuasa tentera pada 2014 memberitah­u, keputusan mengenai pencalonan itu akan diumumkan esok.

Sementara itu, Ubolratana dalam satu kenyataan di laman Instagram miliknya mengucapka­n terima kasih kepada penyokongn­ya dan mahu Thailand bergerak ke depan tanpa mengulas mengenai pencalonan­nya.

 ??  ?? PUTERI Ubolratana
PUTERI Ubolratana
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia