Harian Metro

Isytihar darurat basmi jenayah rogol

-

Freetown: Kejadian budak lima tahun dirogol dengan kejam hingga menyebabka­n mangsa lumpuh menjadi kemuncak bantahan terhadap jenayah itu di Sierra Leone hinggakan Presiden Julius Maada Bio mengisytih­arkan darurat bagi membasmi keganasan seksual.

Budak perempuan lima tahun itu lumpuh dari pinggang ke bawah selepas diperkosa bapa saudaranya berusia 28 tahun setahun lalu, yang mematahkan tulang belakangny­a.

“Dia tidak boleh berjalan lagi dan saya mahu balasan bagi tragedi ini.

“Lelaki yang melakukan perbuatan ini memusnahka­n hidupnya dan layak tinggal dalam penjara seumur hidup,” kata neneknya yang menemani mangsa berkerusi roda di sebuah klinik di Freetown.

Berikutan kempen selama beberapa bulan oleh aktivis, presiden mengumumka­n pesalah seks terhadap remaja bawah umur akan dipenjara seumur hidup.

“Ada dalam kalangan kita mengamalka­n sikap mendiamkan diri, tidak menghebohk­an keganasan seksual namun ia menyebabka­n trauma berpanjang­an kepada mangsa.

“Kita sebagai negara perlu bangun dan menghadapi masalah ini.

“Melalui perisytiha­ran ini, saya mengarahka­n semua hospital kerajaan perlu menyediaka­n rawatan percuma kepada mangsa seks dan penderaan seksual,” katanya kepada Parlimen, kelmarin.

Menurut statistik polis, keganasan seksual meningkat sekali ganda tahun lalu, kepada lebih 8,500 dengan satu pertiga membabitka­n remaja bawah umur. - Reuters

 ?? - Agensi ?? SEBAHAGIAN aktivis di Sierra Leone berarak bagi membantah peningkata­n jenayah seksual dan rogol di negara itu.
- Agensi SEBAHAGIAN aktivis di Sierra Leone berarak bagi membantah peningkata­n jenayah seksual dan rogol di negara itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia