Harian Metro

BUDAK SERIGALA

- Agensi

 Penyakit ganjil dorong bulu berlebihan tumbuh di muka

Seorang budak lelaki yang menghidap sejenis penyakit ganjil dikenali sebagai sindrom serigala jadian yang menyebabka­n bulu tebal tumbuh di mukanya berharap dia boleh menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain.

Lalit Patidar, 13, yang berasal dari Ratlam di Madhya Pradesh disahkan menghidap hipertriko­sis atau dikenali sebagai sindrom serigala jadian, satu keadaan yang menyebabka­n pertumbuha­n rambut luar biasa di muka, tangan dan bahagian lain badan.

Keadaan itu menyebabka­n Lalit sering menjadi mangsa buli dan dia sering dibaling batu serta diejek dengan panggilan monyet oleh kanak-kanak lain.

Bagaimanap­un, Lalit adalah pelajar pintar di sekolah dan hidup bahagia bersama keluargany­a. Remaja itu juga bercita-cita untuk menjadi pegawai polis.

Lalit berkata, dia berharap dapat menjalani satu pembedahan pada masa depan untuk membuang bulu pada mukanya supaya dapat bermain dengan kanak-kanak lain dan berkawan dengan mereka.

“Saya dilahirkan de- ngan lebihan rambut pada muka dan itu menjadikan saya berbeza.

“Kadang-kala saya berharap dilahirkan seperti kanak-kanak normal lain tetapi tiada apa yang boleh saya lakukan.

“Saya sudah biasa dengan diri saya dan selesa dengan keadaan ini,” katanya.

Ibunya, Parvatibai Patidar, 42, berkata, dia terkejut apabila melihat anaknya mempunyai bulu yang banyak ketika dilahirkan.

“Apabila kali pertama melihat Lalit selepas dilahirkan, saya terkejut melihat badannya mempunyai banyak bulu.

“Saya kemudian membawa Lalit bertemu doktor pakar dan mereka memberitah­u tiada penawar untuk penyakit itu,” katanya.

 ??  ?? LALIT bersama ibunya, Parvatibai dan bapanya, Bankatlal. - Barcroft Images
LALIT bersama ibunya, Parvatibai dan bapanya, Bankatlal. - Barcroft Images

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia