Harian Metro

Melati mati ketika cubaan mengawan

-

London: Seekor harimau Sumatera betina yang popular di Zoo London mati dibunuh seekor harimau jantan ketika kedua-dua haiwan berkenaan dipertemuk­an untuk proses mengawan.

Zoo London memberitah­u, harimau betina berusia 10 tahun yang dinamakan Melati itu mati pada Jumaat lalu ketika kali pertama bertemu Asim, seekor harimau jantan berusia tujuh tahun yang dibawa dari Denmark bulan lalu.

Mail Online melaporkan, kedua-dua harimau itu diletakkan bersebelah­an dalam kurungan berasingan selama 10 hari supaya dapat membiasaka­n diri antara satu sama lain tetapi apabila kali pertama diletakkan bersama Asim terus menyerang Melati.

Petugas zoo cuba menghalang dengan membuat bunyi bising, nyalaan api dan bunyi penggera tetapi tidak dapat menghentik­an serangan Asim.

Selepas beberapa minit, Asim akhirnya berjaya dialihkan ke kurungan lain dan doktor haiwan bergegas merawat Melati tetapi haiwan itu sudah mati.

Melati harimau popular dalam kalangan pelancong di zoo berkenaan dan petugas juga dilaporkan sangat sedih dengan kehilangan harimau itu.

Zoo London akan menutup sementara bahagian kandang harimau itu sementara doktor haiwan memeriksa keadaan Asim.

Pakar Zoologi mahu membiakkan kedua-dua harimau berkenaan dalam program pemulihara­an untuk spesies harimau Sumatera yang diancam kepupusan. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia