Harian Metro

ARENA MICKELSON ‘CUCUK’ RAPAT

- Reuters

 Hujan, angin kencang tak halang

veteran AS kongsi pendahulua­n

Tujuh birdie yang dilakar Phil Mickelson di kejohanan Pebble Beach Pro-Am yang sedang berlangsun­g di Carolina Utara membolehka­n pemain veteran Amerika Syarikat (AS) itu berkongsi kedudukan selaku pendahulu bersama empat pemain lain, semalam.

Kejohanan yang diganggu hujan serta angin kencang itu terpaksa ditangguhk­an seketika sebelum semua pemain sempat menghabisk­an pusingan.

Mickelson, Lucas Glover, Scott Langley dan Paul Casey semuanya mengumpul 10 di bawah par bersama-sama Jordan Spieth.

Selepas pusingan pertama yang menyaksika­n Mickelson tidak terlepas sebarang fairway, dia kembali bergelut apabila sekadar mencatat bogey di lubang enam, tujuh dan lapan.

“Pukulan drive saya tidak sebaik semalam,” kata pemain kidal berusia 48 tahun itu.

“Di lapangan ini, anda perlu meletakkan bola di fairway dan saya tidak berupaya berbuat demikian di beberapa lubang. Dia dua lubang par lima di sembilan pertama, kesilapan mengakibat­kan saya hilang tiga pukulan berbanding jika saya berjaya mendaratka­n bola di fairway.”

Tetapi, pukulan putt yang mantap membolehka­n Mickelson berkongsi pendahulua­n di lapangan yang pernah menyaksika­n dia muncul juara empat kali itu.

“Saya membesar di California dan saya sudah biasa dengan rumput poa yang digunakan di green,” katanya.

“Saya rasa banyak perubahan yang sudah dilakukan terhadap lapangan ini dan kesannya ramai pemain yang agak bergelut.

“Tetapi, disebabkan saya biasa bermain di sini, jadi ia memberi sedikit kelebihan.”

Casey mencatat pusingan terbaik berbanding pendahulu lain, semalam apabila dia berjaya membenam lima birdie serta satu eagle untuk mencatat 64 di lapangan Monterey Peninsula yang juga lapangan paling mudah berbanding tiga lapangan lain yang digunakan untuk kejohanan itu.

Hujan dan angin dijangka berterusan pada baki pusingan yang perlu dihabiskan pemain.

 ??  ??
 ??  ?? MICKELSON tenang membuat pukulan di Carolina Utara, semalam.
MICKELSON tenang membuat pukulan di Carolina Utara, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia