Harian Metro

TAK TERKEJAR...

- AFP

 Chelsea bergelut rapatkan jurang mata dengan City

Manchester

Pep Guardiola dan Maurizio Sarri berkongsi falsafah permainan yang hampir sama, tetapi menjelang kunjungan Chelsea ke Manchester City awal pagi esok, Sarri turut mengikut jejak Guardiola dalam mengharung­i musim pertama yang sukar di England.

City mengalami masalah besar ketika kempen sulung di bawah Guardiola, namun pengalaman buruk itu sudah lama dipadamkan Guardiola dengan menjuarai Liga Perdana Inggeris selepas mencatat rekod baharu 100 mata.

Skuad kendalian Guardiola ketika itu menamatkan musim 2016/17 di tangga keempat dengan kelebihan hanya tiga mata selepas memenangi empat perlawanan terakhir liga.

Sarri pula meletakkan sasaran kembali ke Liga Juara-Juara sebagai objektif utama selepas jurang dengan pendahulu, City dan Liverpool yang kini 12 mata di depan, terlalu jauh untuk dikejar.

The Blues ketika ini menduduki tangga keempat, dua mata mengatasi Manchester United dan tiga di depan Arsenal.

Kelebihan itu mungkin lebur di Etihad malam esok, dengan

United dan Arsenal akan bertemu pasukan kelompok bawah, namun

Sarri masih berpeluang untuk menjarakka­n mata, sekali gus berada di landasan terbaik untuk mengatasi pencapaian musim pertama Guardiola di England.

“Kami perlu bekerja lebih keras. Guardiola di musim ketiganya dalam Liga Perdana, (pengendali LIveprool, Jurgen) Klopp di tahun keempat atau kelimanya,” kata Sarri.

“Anda perlu lebih daya saing dalam pasaran atau anda perlu bekerja keras. Kami perlu bekerja keras dan cuba merapatkan jurang kerana ketika ini ia besar.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia