Harian Metro

De Bruyne duduk di bangku penonton

-

Manchester: Perancang tengah Manchester City, Kevin De Bruyne belum pasti dapat diturunkan dalam kesebelasa­n utama menentang Chelsea di Stadium Etihad, awal pagi esok, kata pengurus Pep Guardiola.

De Bruyne, 27, menjadi antara pemain paling menonjol City pada musim lalu dengan meledak lapan gol dan membuat 16 umpanan, selain mencatat purata 36 penampilan dalam tempoh dua musim terakhir untuk juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Kecederaan lutut bagaimanap­un menyebabka­n dia lebih banyak diketepika­n dalam kempen kali ini dengan hanya membuat empat penampilan liga.

“Ia boleh jadi,” kata Guardiola kepada pemberita apabila ditanya berhubung kemungkina­n untuk De Bruyne sekadar diletakkan di bangku simpanan.

“Pada akhirnya, kami hanya memilih pemain berdasarka­n siapa yang berada dalam prestasi terbaik. Ada kalanya rakan sepasukan anda lebih bagus daripada anda.”

De Bruyne juga tidak disenaraik­an dalam kesebelasa­n utama ketika menang 2-0 di Everton, Rabu lalu dan Guardiola berkata ia kerana taktikal pasukan.

“Di Goodison Park mereka lebih menekankan situasi bola mati, kami bukan pasukan yang tinggi jadi kami perlukan pemain yang lebih sesuai dengan situasi berkenaan,” kata Guardiola.

“Kami cuba untuk mengawal pemain, dia (De Bruyne) beraksi dalam dua perlawanan sebelum itu. Di Everton, dia sempat beraksi beberapa minit. Saya mahu dia mendapat sebanyak mungkin aksi, dia masuk selama lima minit dan ia amat menakjubka­n.”.

- Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia