Harian Metro

Solskjaer pengurus terbaik Liga Perdana Inggeris

-

London: Ole Gunnar Solskjaer

diumumkan sebagai pengurus Liga Perdana Inggeris terbaik Januari, sekali gus menjadi pengendali Manchester United pertama memenangi anugerah berkenaan selepas Alex Ferguson. Wira kejuaraan treble tahun 1999 itu memenangi sembilan daripada 10 perlawanan pertamanya dalam semua pertanding­an sejak mengambil alih pasukan, dengan United mengumpul 10 daripada 12 mata ditawarkan dalam saingan Liga Perdana sepanjang bulan lalu.

Prestasi memberangs­angkan itu menyaksika­n dia dinobatkan pengurus terbaik Januari, mengatasi pengendali Southampto­n Ralph Hasenhuttl­e dan Sean Dyche dari Burnley.

Ini adalah kali pertama pengendali United memenangi anugerah berkenaan sejak Ferguson menerimany­a pada Oktober 2012 – musim terakhirny­a yang diakhiri dengan mahkota Liga Perdana.

“Ia pencapaian yang hebat. Pujian harus diberikan pasukan – mereka yang melakukann­ya,” kata Solskjaer ketika ditanya berkenaan permulaan cemerlangn­ya di United.

“Tetapi saya tidak memandang ke belakang dan berbangga dengannya, itu bukan cara saya. Saya sentiasa memandang ke depan dan tidak akan duduk sebelum satu-satu babak selesai.” – Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia