Harian Metro

Keluar duit poket upah jurulatih

-

Kuala Lumpur: Menyedari pentingnya peranan jurulatih, empat pemain badminton profesiona­l negara, Goh Liu Ying,

Chan Peng Soon, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong sanggup mengeluark­an duit poket sendiri untuk menanggung seluruh kos Chew Choon Eng jika mereka menyertai kejohanan di luar negara.

Menurut Liu Ying,

Choon Eng sekarang ini sah akan melatih mereka dan dalam masa sama gandingan beregu lelaki, V Shem-Wee Kiong juga bersetuju untuk menggunaka­n kepakaran bekas pemain kebangsaan itu.

“Kami sanggup keluarkan duit sendiri dan berkorban untuk menanggung kos Choon Eng. Masalah utama kami sekarang ini ialah belum dapat mencari penaja,” katanya ketika dihubungi semalam.

Ujar Liu Ying, Choon Eng juga sudah bersetuju untuk mengiringi kedua-dua pasangan berkenaan jika beraksi di kejohanan antarabang­sa.

“Sebenarnya Choon Eng sudah bersama kami sejak Malaysia Masters lagi dan beliau juga sebenarnya faham dengan masalah yang kami hadapi.

“Selepas meninggalk­an Persatuan Badminton Malaysia (BAM), memang semuanya kami urus sendiri. Kami perlu membeli tiket penerbanga­n sendiri, jadi saya harap semua benda ini selesai sebelum April.

“Selepas itu kami akan mengharung­i kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020,” kata pemain kelahiran Melaka itu.

Jelas Liu Ying, jika semuanya berjalan lancar, barulah dia dan Peng Soon mampu memberi fokus sepenuhnya kepada pertanding­an.

“Sekarang kami akan duduk bincang bersama sebelum membuat perancanga­n mengenai kejohanan yang bakal disertai selepas ini. Kami sangat bertuah dapat memiliki Choon Eng iaitu seorang bekas pemain beregu yang bagus dan saya rasa tidak ada masalah besar di bawah bimbingann­ya.

“Saya sangat menghargai dan senang menyesuaik­an diri dengan Choon Eng kerana sebelum ini di Masters Malaysia pun beliau sanggup berada di tepi gelanggang untuk memberi tunjuk ajar,” kata Liu Ying.

Tugasan pertama Choon Eng adalah membawa kedua-dua pasangan yang meraih perak di Sukan Olimpik Rio 2016 itu untuk beraksi di Seluruh England bulan depan.

Sebelum ini, Peng Soon-Liu Ying mengakui berdepan masalah ketika beraksi kerana tidak mempunyai jurulatih untuk memberi teguran bagi setiap kesilapan yang dilakukan mereka di dalam gelanggang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia