Harian Metro

AMBIL KIRA KUDRAT

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

 Misbun mahu Chong Wei usah terlalu paksa

diri galas tugas perseorang­an negara

Ketua jurulatih perseorang­an lelaki negara, Datuk Misbun Sidek mengaku Datuk Lee Chong Wei tidak berdepan masalah untuk turun beraksi di Terbuka Malaysia namun untuk mempertaha­nkan kejuaraan, ia dilihat sedikit berat.

Menurut Misbun, semua itu terletak pada latihan yang bakal dilalui bekas pemain nombor satu dunia itu selain keyakinan untuk beraksi dengan sempurna.

“Pada saya tidak ada masalah, yang penting ialah dia harus melakukan persiapan sebelum menggalas tugas negara. Dalam hal ini komunikasi antara dia dengan jurulatih juga sangat penting kerana kita perlu melakukan persiapan dan memberikan segala keperluan yang dikehendak­inya,” katanya ketika ditemui Arena Metro di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara, semalam.

Ujar Misbun, sebagai seorang jurulatih, beliau memang mengharapk­an Chong Wei berada dalam keadaan bersedia untuk beraksi di kejohanan berkenaan.

(gambar)

“Kita tidak mahu dia seperti memaksa dirinya atau berada dalam keadaan santai. Main betul-betul kerana dia menggalas tugas skuad perseorang­an lelaki negara.

“Dia memang boleh beraksi di kejohanan itu tapi sejauh mana kemampuann­ya untuk mempertaha­nkan kejuaraan terletak pada setiap latihan yang bakal dilaluinya. Kalau latihan cukup, tiada masalah untuk mengambil bahagian cuma bagi mempertaha­nkan gelaran saya rasa ia agak berat.

“Kalau dia yakin bahawa boleh bertanding dalam keadaan sempurna, saya memang sangat bersyukur,” kata legenda perseorang­an lelaki negara itu.

Ditanya mengenai perancanga­n yang bakal dilakukan terhadap Chong Wei, Misbun mengaku paling penting ialah mereka semua harus melihat kepada keadaan semasa pemain berusia 37 tahun itu.

“Kita harus melakukan persediaan bersandark­an kepada kudratnya sekarang. Kita juga mahu melihat tahap ketahanan jangka panjang sebelum menyediaka­n latihan bersesuaia­n. Paling penting, Chong Wei sendiri dapat menyesuaik­an diri dengan keadaan latihan.

“Kekuatan, kecepatan dan sebagainya juga harus dibina dengan lebih terperinci. Dia tidak boleh hanya bermain tanpa membina tahap kecergasan fizikal, kerana sebelum ini dia sudah melalui rawatan yang berkaitan kemoterapi dan laser. Rawatan seperti itu menyebabka­n ototnya menjadi kecil dan saya sendiri berharap dia faham serta menerima dengan latihan yang bakal diberikan nanti,” kata Misbun.

Kelmarin, Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann mengaku mereka akan menyenarai­kan Chong Wei untuk mengambil bahagian di Terbuka Malaysia yang berlangsun­g April depan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia