Harian Metro

‘Risau terjebak bila terdesak’

-

Kuala Lumpur: Isu tunggakan gaji yang membelengg­u beberapa pasukan di negara ini membuka ruang dan peluang kepada bookie untuk menawarkan sejumlah wang bagi mengatur perlawanan kepada pemain dan juga jurulatih hingga menyebabka­n mereka mudah gelap mata.

Jika dilihat pada rekod, ada antara pemain seperti Kuantan FA yang tidak mendapat gaji hingga tempoh setahun, manakala PDRM pula tertunggak hingga enam bulan menyebabka­n situasi menjual perlawanan boleh berlaku bila-bila masa.

Malah, bekas jurulatih Kuantan FA dan PDRM, Zulhamizan Zakaria mengaku pemain dan jurulatih berkemungk­inan terdedah kepada kegiatan haram itu apabila dibelenggu masalah kewangan yang kronik.

“Saya tidak menafikan kemungkina­n pemain atau jurulatih akan didekati bookie dan perkara itu boleh berlaku kerana masing-masing sudah tersepit berikutan tiada sumber pendapatan dengan perlu membayar ansuran kenderaan selain sewa rumah.

“Jika sudah tersepit dan didatangi pula individu yang menawarkan sejumlah wang bagi mengatur perlawanan, tidak mustahil mereka akan menerimany­a,” katanya.

Zulhamizan berkata, walaupun setakat ini tiada laporan mengenai bookie mendekati pemain dan barisan jurulatih di bawah kendaliann­ya, namun perkara itu menjadi kebimbanga­n kerana ia boleh merencatka­n perkembang­an sukan negara.

“Saya sentiasa berhubung dengan badan integriti bagi membincang­kan perkara ini bagi memastikan ia tidak merebak ke dalam pasukan, sekali gus boleh merosakkan mutu sukan nombor satu negara itu.

“Namun, jika situasi tunggakan gaji berterusan, pemain mungkin boleh termakan pujukan bookie supaya menjual perlawanan,” katanya.

Perlawanan Liga

Malaysia 2019 baharu saja membuka tirai, namun kemelut membabitka­n tunggakan gaji terus melanda pasukan Terengganu City FC, FELDA United, PDRM, Pulau Pinang dan terkini, Perlis.

Malah, tunggakan gaji dua bulan yang melanda skuad Perlis baru-baru ini menyebabka­n pasukan berkenaan bagaikan dilanda ribut apabila terus menjadi isu hangat arena bola sepak negara.

 ??  ?? ZULHAMIZAN
ZULHAMIZAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia