Harian Metro

TUNGGU MASA ‘SUAP’ PEMAIN

Bookie sasar pemain dibelenggu isu tunggakan gaji

- Firdaus Hashim dan Syazwan Msar sukan@hmetro.com.my

“Mereka (bookie) tahu kami tak ada duit, sebab itu mereka tawarkan RM5,000 kepada saya dan kawan-kawan bagi mengatur keputusan perlawanan.”

Itu pengakuan seorang bekas pemain yang sebelum ini beraksi di Liga Perdana ketika mendedahka­n dia pernah didekati bookie selepas mengetahui kemelut tunggakan gaji yang dialami pasukannya.

Dia yang hampir sedekad berkecimpu­ng dalam arena bola sepak tempatan, terpaksa mengucapka­n selamat tinggal kepada kerjaya yang ‘dicintainy­a’ itu selepas serik menjadi mangsa bekas majikannya yang tidak membayar sesen pun gajinya musim lalu.

Katanya, bookie sentiasa memantau perkembang­an pasukan Liga Malaysia (Liga-M) dan cuba mencari peluang untuk ‘menyuap’ mana-mana pemain yang dilihat terdesak terutama kepada pasukan yang mengalami masalah gaji.

“Tak ada pemain yang suka-suka cari masalah

(cari bookie), cuma kadang-kadang mereka pandai ambil kesempatan bila tahu pasukan ada masalah pembayaran gaji.

“Pengalaman saya bersama pasukan musim lalu, kami didekati bookie yang sanggup bagi berapa yang kami mahu asalkan kami kalah kepada pasukan lawan.

“Saya menolak dan minta individu itu supaya jangan ganggu kami lagi, tapi saya tak tahulah kalau kawan-kawan lain ada ambil. Perbuatan itu memang salah, tapi ketika pemain terdesak mahukan wang, mungkin ada yang sanggup menjual perlawanan,” katanya yang enggan didedahkan identitiny­a.

Jelasnya, melihat kepada senario Liga-M yang ketika ini panas berhubung masalah tunggakan gaji membabitka­n beberapa pasukan Liga Super dan Perdana, sudah tentu kegiatan bookie turut bermaharaj­alela memburu pemain yang terdesak.

“Duduk pula di Lembah Klang yang kos sara hidupnya tinggi, ada keluarga, nak bayar rumah, nak bayar kereta dan macam-macam lagi. Kalau tak ada gaji macam mana nak hidup. Mungkin akan ada pemain yang sanggup gunakan ‘saluran kedua’ untuk dapatkan duit.

“Untuk elak perkara ini lebih kronik, saya rasa FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) dan MFL (Liga Bolasepak Malaysia) kena tegas kepada semua pasukan lebih-lebih lagi mengenai kewangan.

“Kalau pasukan yang tak ada dana, tak payahlah benarkan mereka bermain dalam liga kerana pemain yang akan menjadi mangsa apabila tak dapat bayar gaji. Selepas itu mulalah timbul bookie yang menawarkan macam-macam kepada pemain,” katanya.

Liga-M yang membuka tirai minggu lalu dikejutkan dengan pendedahan demi pendedahan membabitka­n tunggakan gaji beberapa pasukan seperti Terengganu City FC, FELDA United, PDRM, Pulau Pinang dan terkini, Perlis.

 ??  ?? BOOKIE sentiasa mencari peluang untuk menghampir­i pemain yang berdepan
masalah gaji.
BOOKIE sentiasa mencari peluang untuk menghampir­i pemain yang berdepan masalah gaji.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia